Jaga perpaduan dan hormat demokrasi, kunci kestabilan negara – PMX

BATU KAWAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak supaya menghormati prinsip demokrasi dan tidak mudah terpengaruh dengan sentimen kebencian yang boleh menggugat kestabilan negara.

Menurut beliau, prinsip perpaduan serta pembangunan inklusif menjadi asas penting dalam hala tuju negara, khususnya bagi menangani isu kemiskinan, perumahan dan kos sara hidup yang dihadapi rakyat.

“Perpaduan ini bukan soal politik semata-mata, tetapi kekuatan sebagai satu bangsa untuk kita terus bantu kerajaan memajukan negara.

“Jika kita tidak menjaga perpaduan, sukar untuk memastikan negara kekal aman dan sejahtera,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2025 di Stadium Negeri, Batu Kawan hari ini.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang; Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek; Ketua Menteri, Chow Kon Yeow; Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul; serta Timbalan Menteri Perpaduan Negara, K Saraswathy.

Dalam pada itu, Anwar turut mengingatkan rakyat tentang tanggungjawab bersama untuk menjaga keharmonian antara semua kaum di Malaysia.

“Saya beri ingatan kepada rakyat Malaysia, kalau nak selamatkan negara ini, kita mesti jaga perpaduan.

“Ini kekuatan kita. Tanya mana-mana pemimpin dunia, apa hebatnya Malaysia? Ya, memang Melayu Islam Bumiputera majoriti, tapi kalau kita tidak santuni semua – Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan – negara ini tidak akan selamat,” ujarnya.

Beliau turut menegaskan bahawa sebarang perubahan kerajaan mestilah dilakukan menerusi saluran demokrasi dan bukan melalui demonstrasi jalanan atau desakan supaya Perdana Menteri meletak jawatan.

“Jangan anggap semua ini mudah. Membangunkan negara mengambil masa, tetapi merobohkannya sangat senang. Usaha orang yang khianat dan dengki itu memang ada.

“Siapa kata tak boleh tukar kerajaan? Boleh. Speaker Tan Sri Johari Abdul sendiri sebut, kalau nak tukar kerajaan, bawa usul di Parlimen. Kalau hilang sokongan kepada Perdana Menteri, bawalah usul. Tapi kenapa tak boleh? Sebab tak ada sokongan. Tunggu pilihan raya,” jelasnya.

Anwar menambah, beliau tidak menghalang mana-mana pihak untuk berhimpun atau menunjukkan rasa tidak puas hati kerana negara ini mengamalkan sistem demokrasi.

Namun katanya, biarlah ia dilakukan berlandaskan alasan yang kukuh dan saluran yang betul.

Related Posts

Malaysia tegaskan tiada keputusan unilateral boleh dibuat berkaitan Selat Melaka

KUALA LUMPUR – Tiada sebarang keputusan unilateral boleh dibuat berhubung Selat Melaka, sambil menekankan pendekatan berasaskan konsensus ASEAN dalam mengekalkan keselamatan maritim di laluan air tersebut. Menteri Luar, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

SANDAKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera termasuk tambahan dengan keseluruhan sebanyak RM1,500 daripada Kerajaan Persekutuan kepada 300 keluarga terlibat kebakaran di Kampung (Kg) Bahagia, di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KKM sangkal dakwaan label hologram gagal, masih berfungsi lindungi pengguna

KKM sangkal dakwaan label hologram gagal, masih berfungsi lindungi pengguna

Bayern ke final Piala Jerman hasil gol Diaz, Kane

Bayern ke final Piala Jerman hasil gol Diaz, Kane

City di puncak EPL lepas menang tipis atasi Burnley

City di puncak EPL lepas menang tipis atasi Burnley

Malaysia tegaskan tiada keputusan unilateral boleh dibuat berkaitan Selat Melaka

Malaysia tegaskan tiada keputusan unilateral boleh dibuat berkaitan Selat Melaka

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin