LRT3 jangka mula operasi suku ketiga tahun depan

KLANG – Projek pembinaan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) melibatkan jajaran dari Bandar Utama ke Johan Setia, Selangor dijangka siap dan mula beroperasi menjelang suku ketiga tahun hadapan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, setakat ini kerja di jajaran meliputi pembinaan 20 stesen itu telah mencapai 95.6 peratus dan akan selesai pada Oktober ini.

Beliau berkata, ia kemudiannya akan diikuti dengan kerja pengintegrasian sistem yang dijangka mengambil masa beberapa bulan hingga awal tahun hadapan.

“Selepas proses itu, kita akan bersedia untuk buat proses pengujian dan pentauliahan yang akan mengambil masa tiga ke empat bulan sebelum mula beroperasi menjelang suku ketiga tahun hadapan,” katanya selepas meninjau perkembangan terkini projek pembinaan LRT3 di Stesen Pasar Jawa, hari ini.

Anthony berkata, tempoh jangkaan operasi sedikit lewat berbanding jangkaan asal pada Mac tahun hadapan disebabkan kerja yang tidak dapat dilakukan semasa pandemik Covid-19.

Dalam pada itu, beliau berkata, mesyuarat Jemaah Menteri pada 5 Julai lalu turut bersetuju mengembalikan skop asal LRT3 yang membabitkan lima stesen iaitu Tropicana, Temasya, Raja Muda, Bukit Raja dan Bandar Botanik.

Katanya, pengembalian lima stesen itu adalah bersama dengan pembelian tambahan tujuh set tren tiga gerabak, pembesaran depoh tren di Johan Setia dan pembelian 150 bas elektrik untuk penghantaran serta pembinaan dua depoh bas.

Proses itu katanya akan melibatkan tambahan kos sebanyak RM3.8 bilion termasuk kos mewujudkan bas perantara antara stesen pertama dan terakhir bagi memantapkan perkhidmatan LRT3 tersebut.

Related Posts

284 jemaah haji pertama berlepas, musim haji 1447H bermula

SEPANG – Seramai 284 jemaah haji Malaysia memulakan perjalanan ke Tanah Suci awal pagi ini, sekali gus menandakan pembukaan rasmi musim haji 1447H/2026M. Kumpulan pertama itu berlepas dari Terminal 1…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

KUALA LUMPUR – Status sebahagian kawasan di Pulau Sebatik, Sabah yang didakwa menjadi milik Indonesia masih belum dimuktamadkan dan kekal sebagai ‘grey area’. Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Datuk Raden…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM