Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

SANDAKAN – Kerajaan akan memberi keutamaan kepada warganegara dalam pelaksanaan bantuan kepada mangsa terjejas bencana kebakaran, namun aspek kemanusiaan tetap diutamakan tanpa mengira status, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, situasi melibatkan mangsa tempatan dan bukan warganegara memerlukan pendekatan serta kaedah penyelesaian yang berbeza.

“Walaupun keadaan ini agak rumit kerana sebahagiannya adalah anak tempatan dan sebahagian besar bukan warganegara, namun cara dan kaedah penyelesaian perlu berbeza.

“Kita memberi tumpuan lebih kepada warganegara, tetapi dalam masa sama, atas dasar kemanusiaan, bantuan seperti makanan, minuman, tempat tinggal sementara dan keselamatan mesti diberikan kepada semua,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau serta menyantuni mangsa di lokasi kebakaran besar di Kampung (Kg) Bahagia selain melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Batu Sapi, di sini, pada Rabu.

Anwar berkata, kehadirannya adalah bagi memberi semangat kepada mangsa selain berbincang dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengenai langkah susulan termasuk pembangunan semula kawasan terjejas serta penyediaan perumahan.

Beliau turut memuji usaha kerajaan negeri, Pihak Berkuasa Tempatan Sandakan serta sokongan badan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai dalam menyalurkan bantuan secara tersusun kepada mangsa.

“Saya lihat bantuan dari segi pakaian, makanan dan minuman disediakan dengan rapi. Ini menunjukkan kerjasama baik semua pihak.

“Semangat kebersamaan rakyat Malaysia yang membantu tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang ini sangat unik dan membanggakan,” ujarnya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Datuk Walter Kenson atas usaha menyelaras bantuan kepada mangsa.

Related Posts

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

SANDAKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera termasuk tambahan dengan keseluruhan sebanyak RM1,500 daripada Kerajaan Persekutuan kepada 300 keluarga terlibat kebakaran di Kampung (Kg) Bahagia, di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

KANGAR – Seramai 15 ahli jawatankuasa (AJK) PKR Cabang Kangar meletakkan jawatan selepas didapati tidak komited dalam menghadiri mesyuarat parti. Ketua PKR Cabang Kangar, Noor Amin Ahmad berkata, tindakan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti