Bekas peserta agropolitan Kesedar terima gratuiti sebelum Sabtu

GUA MUSANG – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan membayar gratuiti kepada 241 bekas peserta Projek Agropolitan Kelantan Selatan (Kesedar) sebelum 3 Ogos ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, bayaran akan dilakukan sebelum 3 Ogos ini kepada semua bekas peserta yang belum menerimanya tetapi mereka perlu menandatangani surat persetujuan penamatan sebagai peserta projek itu.

Beliau berkata, setiap bekas peserta yang belum menerima gratuiti akan menerima sebanyak RM8,400 iaitu jumlah terkumpul dalam setahun pada tahun 2022.

“Saya bersetuju dengan permohonan bekas peserta Projek Agropolitan Kelantan Selatan untuk membayar gratuiti sebanyak RM8,400 serta baki kepada semua peserta yang belum menerimanya.

“Tetapi dengan syarat menandatangani surat persetujuan penamatan sebagai peserta projek Agropolitan.

“Ia sebagai tanda kerajaan ini prihatin kepada nasib bekas peserta projek ini.

“Kita sudah menimbangkan dan memutuskan untuk membayar bayaran gratuiti seperti yang disebutkan” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Pelan Pembangunan Pusat Pertumbuhan Desa (PPD) Sungai Asap, di sini, hari ini.

“Saya mengarahkan Pengerusi Lembaga Pengarah Kesedar, Datuk Zawawi Othman dan Pengurus Besar Kesedar, Wan Muhd Rahimi Wan Salleh serta pegawainya untuk membayar gratuiti yang saya umumkan ini sebelum 3 Ogos ini,” katanya lagi seperti dilapor Berita Harian.

Dalam perkembangan lain, Pusat Pertumbuhan Desa (PPD) kedua sudah diluluskan di Kesedar Sungai Asap yang menelan belanja sebanyak RM20.7 juta yang kini dalam penyediaan reka bentuk tapak.

“Kita maklum mengenai masalah kesukaran generasi kedua dan ketiga untuk memiliki kediaman selesa dan kondusif disebabkan harga tanah semakin tinggi dan tidak mampu dibiayai oleh mereka untuk membina rumah.

“Maka kerajaan sudah meluluskan pelaksanaan PPD Sungai Asap dengan penyediaan 132 lot rumah, lot kedai, tapak pasaran, masjid, dewan serbaguna, bekalan air, elektrik dan talian internet.

“Pembinaan PPD ini akan memberi manfaat kepada 650 penduduk iaitu generasi kedua dan ketiga,” katanya.

Related Posts

Hantaran ‘misteri’ PMX cetus spekulasi

DATUK Seri Anwar Ibrahim menarik perhatian ramai apabila memuat naik poster misteri di laman Facebook miliknya, malam tadi. Menerusi hantaran itu, Perdana Menteri memberi bayangan mengenai penghargaan khas yang akan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Himpunan Turun Anwar tiada hala tuju, cetus keresahan rakyat – AMK

IPOH – Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyifatkan perhimpunan ‘Selamatkan Malaysia: Turun Anwar’ yang dijadual berlangsung pada 26 Julai ini sebagai satu gerakan tidak berfokus, tiada hala tuju dan hanya mencetuskan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kelab Trass Merah Kabong terima sumbangan RM8,000

Kelab Trass Merah Kabong terima sumbangan RM8,000

Konsensus MADANI adalah agenda penyatuan nasional – KP JKOM

Konsensus MADANI adalah agenda penyatuan nasional – KP JKOM

Imam meninggal dunia ketika solat Jumaat

Imam meninggal dunia ketika solat Jumaat

MINDA TOK ABAH: Politik perubahan vs perubahan politik

MINDA TOK ABAH: Politik perubahan vs perubahan politik

Henti polemik lantikan Ketua Hakim Negara, tiada campur tangan politik – KP JKOM

Henti polemik lantikan Ketua Hakim Negara, tiada campur tangan politik – KP JKOM

MCMC ambil keterangan individu siar kandungan palsu pelantikan Ketua Hakim Negara

MCMC ambil keterangan individu siar kandungan palsu pelantikan Ketua Hakim Negara