Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

MIRI – Satu lawatan kerja ke beberapa buah sekolah di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut diadakan pada pagi Rabu bagi meninjau keadaan semasa kemudahan pendidikan, sekali gus merangka pelaksanaan projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) 2026.

Tinjauan yang bermula seawal jam 9 pagi itu diketuai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut merangkap Datuk Bandar Miri, Adam Yii Siew Sang bersama pasukan jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) dan wakil Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Sepanjang siri lawatan tersebut, rombongan meninjau fasiliti sedia ada di samping mendengar taklimat serta perancangan pihak pentadbiran sekolah berhubung keperluan menaik taraf infrastruktur.

Adam berkata, penyelenggaraan dan usaha menaik taraf kemudahan sekolah sentiasa menjadi keutamaan memandangkan sektor pendidikan merupakan asas penting dalam pembangunan masyarakat.

“Pihak pentadbir dan guru selaku barisan hadapan pendidikan pastinya lebih memahami setiap kekurangan serta keperluan sebenar di sekolah masing-masing.

“Justeru, pendekatan menerusi projek RTP yang dilaksanakan sejak beberapa tahun lalu akan diteruskan dengan memperkukuh aspek komunikasi serta penyelarasan antara semua pihak terlibat,” katanya.

Tambah beliau, langkah itu amat penting bagi memastikan setiap projek dapat berjalan lancar mengikut jadual, selain mematuhi piawaian kualiti yang telah ditetapkan.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan pemantauan berterusan akan dibuat dari semasa ke semasa bagi memastikan peruntukan yang disalurkan memberi impak maksimum.

Jelasnya, ia bermatlamat untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih selamat, selesa dan kondusif buat para pelajar.

Usaha berterusan itu sekali gus mencerminkan komitmen tinggi beliau dalam memperkasa sektor pendidikan di kawasan Pujut demi kesejahteraan pelajar mahupun warga pendidik.

Related Posts

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

SANDAKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera termasuk tambahan dengan keseluruhan sebanyak RM1,500 daripada Kerajaan Persekutuan kepada 300 keluarga terlibat kebakaran di Kampung (Kg) Bahagia, di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

KANGAR – Seramai 15 ahli jawatankuasa (AJK) PKR Cabang Kangar meletakkan jawatan selepas didapati tidak komited dalam menghadiri mesyuarat parti. Ketua PKR Cabang Kangar, Noor Amin Ahmad berkata, tindakan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti