Langgar syarat permit jual mercun, bunga api dilarang, dua lelaki ditahan

IPOH – Disyaki melanggar syarat permit dan lesen dengan menjual mercun dan bunga api yang tidak dibenarkan, membawa kepada penahanan dua lelaki dalam pemeriksaan di Klebang dan Khantan, Chemor pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, kedua-dua lelaki berusia 30-an itu ditahan di lokasi berbeza dalam operasi pemeriksaan melibatkan enam pegawai serta 29 anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.

Ujarnya, operasi terbabit dijalankan hasil intipan anggota selama seminggu selepas pihaknya menerima rungutan daripada orang awam berhubung penjualan mercun dan bunga api secara meluas.

Sebanyak 126 premis telah diluluskan permit bagi penjualan barang terbabit telah diperiksa dalam operasi yang bermula dari jam 12 tengah hari dan berakhir kira-kira 12 tengah malam.

“Kedua-dua suspek mempunyai permit, namun siasatan mendapati mereka menyorokkan stok mercun di gudang dan menjual secara tersembunyi selepas mendapat permintaan daripada pelanggan.

“Pelbagai mercun antaranya ‘Happy Boom’ dan mercun bola yang tidak dibenarkan telah dirampas berikutan berisiko menyebabkan kecederaan serius dan gangguan ketenteraman awam.

“Nilai rampasan pelbagai jenis mercun itu, dianggarkan bernilai lebih RM10,000,”katanya.

Jelasnya rampasan itu dibuat di gudang iaitu lokasi mercun dan bunga api disorok.

Manakala, tambah beliau, dua premis lagi masih dalam pemeriksaan balas bagi mengesahkan sama ada mercun dan bunga api yang telah telah dijual mendapat kelulusan permit.

Ujar Abang Zainal Abidin, kedua-dua suspek ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya menerima sebanyak 200 permohonan bunga api dan mercun namun hanya 126 permit dikeluarkan.

“Selain itu, tiada laporan membabitkan kecederaan akibat mercun diterima setakat ini,”katanya.

Related Posts

Seraheng Kakan buka tirai Pesta Kaul, tarik kehadiran pelawat

MUKAH – Upacara tradisi Seraheng Kakan terus menjadi pembuka tirai utama Pesta Kaul masyarakat Melanau, dengan peningkatan kehadiran pelawat yang sekali gus merancakkan semula sektor ekonomi dan perniagaan tempatan. Timbalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Regatta Betong 2026: Sukan warisan kembali selepas 16 tahun menyepi

BETONG – Selepas 16 tahun menyepi, kemeriahan sorakan di tebing Sungai Layar kembali bergema menerusi penganjuran Regatta Betong 2026 yang menyasarkan pemerkasaan warisan budaya serta pemangkin ekonomi setempat. Acara sukan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Seraheng Kakan buka tirai Pesta Kaul, tarik kehadiran pelawat

Seraheng Kakan buka tirai Pesta Kaul, tarik kehadiran pelawat

Regatta Betong 2026: Sukan warisan kembali selepas 16 tahun menyepi

Regatta Betong 2026: Sukan warisan kembali selepas 16 tahun menyepi

Sarawak cadang perluas JMU, tingkatkan penyertaan pelajar luar bandar ke IPT

Sarawak cadang perluas JMU, tingkatkan penyertaan pelajar luar bandar ke IPT

Miri diperkasa sebagai hab ekonomi utama, pacu pengangkutan pintar

Miri diperkasa sebagai hab ekonomi utama, pacu pengangkutan pintar

Sarawak tekankan pembangunan Miri, ekonomi baharu dan pendidikan masa depan

Sarawak tekankan pembangunan Miri, ekonomi baharu dan pendidikan masa depan

‎APM Sabah diperkukuh, tingkat kesiapsiagaan operasi di Kota Kinabalu ‎

‎APM Sabah diperkukuh, tingkat kesiapsiagaan operasi di Kota Kinabalu ‎