132,000 penumpang dijangka guna feri ke Langkawi sempena Aidilfitri

ALOR SETAR – Kira-kira 132,000 penumpang dari Kuala Perlis dan Kuala Kedah ke Langkawi dan sebaliknya, dijangka menggunakan perkhidmatan feri sepanjang waktu puncak menjelang perayaan Aidilfitri bermula semalam hingga 6 April ini.

Pengurus Operasi Ferry Line Ventures Sdn Bhd (Ferry Line), Left Komander (B) Norhafiz Abdul Wahid, berkata bermula semalam, jadual perjalanan feri kembali normal dengan lima perjalanan pergi dan balik dari Kuala Perlis dan Kuala Kedah ke Langkawi dengan setiap feri memuatkan seramai 600 orang pada satu masa.

“Purata, seramai 3,000 penumpang masuk dan 3,000 penumpang keluar sehari dari Kuala Perlis. Jadi, jumlah sehari seramai 6,000 penumpang dan puratanya juga sama di Kuala Kedah.

“Jadi, untuk 11 hari waktu puncak ini, feri bakal mengendalikan pergerakan penumpang seramai 132,000 orang dan buat masa ini, tiket masih belum habis terjual lagi. Jadi, penumpang boleh membuat tempahan tiket mengikut waktu mereka inginkan dan masa perjalanan feri tidak sama setiap hari,” katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, Norhafiz berkata, semakan pihaknya mendapati paras pasang surut air laut di alur pelayaran di Kuala Perlis dan Kuala Kedah berada pada tahap selamat dan baik untuk perjalanan feri sempena sambutan Aidilfitri ini.

“Mulai semalam hingga Isnin ini, paras air laut di Kuala Perlis mula pasang bermula jam 9 pagi pada kedudukan 1.6 meter (m), kemudian menurun kepada 1.4m pada jam 5.30 petang dan ia selamat untuk feri membuat perjalanan.

“Paras air laut pasang di Kuala Kedah pada tarikh sama pula menunjukkan bacaan 1.4m pada jam 9 pagi dan ia kekal selama lapan jam dengan air laut dijangka surut selepas jam 6 petang,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya yakin perjalanan feri dari Kuala Perlis dan Kuala Kedah ke Terminal Feri Penumpang Kuah, Langkawi akan berlepas dan berpatah balik dengan selamat serta mengikut jadual ditetapkan.

“Jika berlaku kelewatan feri antara lima hingga 15 minit, pihak Jabatan Laut Malaysia masih boleh mempertimbangkan lagi, tetapi jika ia melebihi tempoh 30 minit hingga satu jam, Ferry Line akan menggantikan feri yang lain sekiranya feri asal mengalami masalah teknikal,” katanya.

Related Posts

SSPA Fasa 2: Penjawat awam nikmati pelarasan gaji 7 peratus
  • YnomYnom
  • January 22, 2026

KOTA KINABALU – Pelaksanaan Pelarasan gaji penjawat awam di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Fasa 2 sebanyak tujuh yang menyaksikan peningkatan sebanyak tujuh peratus mencerminkan keprihatinan berterusan Kerajaan MADANI…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ketepikan politik perbalahan, utamakan kestabilan rakyat

TONGOD – Semua pihak diseru agar mengetepikan politik perbalahan dan bergerak secara adil dan bersama-sama demi kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat, kata Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

OPR kekal pada paras 2.75 peratus

OPR kekal pada paras 2.75 peratus

SSPA Fasa 2: Penjawat awam nikmati pelarasan gaji 7 peratus

  • By Ynom
  • January 22, 2026
SSPA Fasa 2: Penjawat awam nikmati pelarasan gaji 7 peratus

Ketepikan politik perbalahan, utamakan kestabilan rakyat

  • By Fandi
  • January 22, 2026
Ketepikan politik perbalahan, utamakan kestabilan rakyat

Desmond Labung terajui Persatuan Hoki Kuching sesi 2026-2028

Desmond Labung terajui Persatuan Hoki Kuching sesi 2026-2028

SMJ 2.0 fokus perkukuh infrastruktur dan utiliti

  • By Ithma
  • January 22, 2026
SMJ 2.0 fokus perkukuh infrastruktur dan utiliti

PRK Kinabatangan, DUN Lamag: Persiapan pengundian lancar

  • By Fatin
  • January 22, 2026
PRK Kinabatangan, DUN Lamag: Persiapan pengundian lancar