KPT, lima IPT indahkan pantai Kuala Sungai Baru

ALOR GAJAH – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersama Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dan masyarakat membersihkan sepanjang pantai Kuala Sungai Baru dalam usaha meningkatkan persekitaran indah dan bersih di kawasan pelancongan terbabit.

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zaini Ujang berkata, usaha berkenaan antara pendekatan kepada kelestarian pantai yang boleh dinikmati penduduk dan pelancong tanpa dicemari sampah atau sisa pepejal.

Katanya, program anjuran KPT bersama Persatuan Permuafakatan Penduduk Islam Kuala Sungai Baru, Japerun Kuala Linggi, UTeM, UiTM, Unimel, Politeknik Melaka dan Kolej Komuniti Masjid Tanah terbabit antara usaha murni yang turut menyatukan pelbagai lapisan masyarakat dan kaum.

Malah, ia menyokong kepada perkembangan dan pembangunan ekonomi penduduk kerana terdapat lebih 100 inap desa yang beroperasi di kawasan terbabit sekali gus melonjak industri pelancongan negeri dan negara.

Menurutnya, sistem kebersihan pantai yang lebih baik mampu meningkat kelestarian alam sekitar kepada penduduk dan industri jangka panjang kerana terdapat enam pusat pengajian tinggi di kawasan berkenaan.

“Program berkenaan akan dilanjutkan pada 1 September depan dan akan diteruskan setiap dua kali sebulan. Aktiviti ini antara program di bawah inisiatif Santuni Madani yang diumumkan Perdana Menteri yang dilaksanakan di seluruh negara.

“Ia bertujuan untuk mengenal pasti masalah sosioekonomi dan membantu masyarakat setempat dengan isu yang dihadapi,” katanya.

Turut menyertai program Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Linggi, Rosli Abdullah dan Pengerusi Persatuan Permuafakatan Penduduk Islam Kuala Sungai Baru, Julasapiyah Kassim.

Jelasnya, Kuala Sungai Baru dipilih oleh KPT bagi membantu mengindahkan persekitaran serta meningkatkan kesedaran awam tentang pengumpulan dan pengurusan sampah.

Aktiviti kutipan sampah membabitkan kawasan pesisir pantai dan tepi jalan yang disusun mengikut lima zon termasuk di Sekolah Rendah Agama Al-Falah dan Ngeteh Cafe.

Sampah yang dikutip diasingkan mengikut jenis plastik dan bukan plastik terkumpul ditimbang sebelum dibuat pelupusan.

Zaini berkata, UTeM menggunakan maklumat berat sampah yang ditimbang sebagai kajian berkenaan komposisi sampah dan mengemukakan cadangan penyelesaian bagi mengatasi isu sisa pepejal berkenaan.

Program Santuni Madani ini juga dapat menghidupkan budaya gotong-royong dan dan menggalakkan pengunjung untuk terus datang ke kawasan pantai di Kuala Sungai Baru.

Julasapiyah pula berkata, penduduk teruja kawasan berkenaan terpilih sebagai lokasi Santuni Madani kerana ia turut mengeratkan hubungan silaturahim dengan pelbagai IPT yang mengambil bahagian.

Katanya, walaupun hujan lebat, semangat dan kerjasama amat membanggakan sekali gus menyatukan integrasi kaum, generasi muda serta warga emas.

Related Posts

Industri pelancongan Sabah kekal berdaya tahan – Hajiji

KOTA KINABALU – Sektor pelancongan di negeri ini akan terus berdaya tahan meskipun berdepan cabaran susulan konflik semasa di Asia Barat. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, tidak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penolakan usul persendirian 40 peratus bukan keputusan Kerajaan Negeri Sabah – Armizan

PAPAR – Penolakan usul persendirian berkaitan tuntutan 40 peratus Sabah di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini bukan bermakna kerajaan negeri menolak perjuangan tersebut, sebaliknya ia adalah keputusan di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Industri pelancongan Sabah kekal berdaya tahan – Hajiji

Industri pelancongan Sabah kekal berdaya tahan – Hajiji

Penolakan usul persendirian 40 peratus bukan keputusan Kerajaan Negeri Sabah – Armizan

Penolakan usul persendirian 40 peratus bukan keputusan Kerajaan Negeri Sabah – Armizan

Wanita PKR tegur KJ buat kenyataan dari ‘luar pagar’

Wanita PKR tegur KJ buat kenyataan dari ‘luar pagar’

Pengambilan doktor dan jururawat baharu diteruskan

Pengambilan doktor dan jururawat baharu diteruskan

Bekalan minyak dan gas Malaysia kekal terjamin, harga global jadi cabaran – PM

Bekalan minyak dan gas Malaysia kekal terjamin, harga global jadi cabaran – PM

Isu harga barangan akan dibincang dalam mesyuarat Kabinet Rabu ini

Isu harga barangan akan dibincang dalam mesyuarat Kabinet Rabu ini