Inisiatif i-Push jadi kayu ukur penjanaan ekonomi Pahang

KUANTAN – Inisiatif Pembiayaan Kewangan Usahawan Mikro Negeri Pahang (i-PUSH) dijadikan pengukur kejayaan negeri melalui penjanaan ekonomi dihasilkan para usahawan.

Exco Hal Ehwal Felda, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang, Datuk Amizar Abu Adam berkata pembiayaan ini juga adalah satu cara memperkasakan usahawan untuk memajukan perniagaan mereka.

“Program ini sangat membantu kelangsungan kepada usahawan. Ini sebagai motivasi dan juga untuk melestarikan dan juga memperkasakan usahawan sedia ada di Pahang.

“Ia juga adalah pemangkin ekonomi negeri dan selepas Kerajaan Negeri Pahang membantu para usahawan ini, ia dapat melonjakkan sosioekonomi mereka dan memberi impak positif kepada kerajaan negeri dan seluruh negara.

“Usahawan ini juga adalah satu pejuang untuk meletakkan mereka sebagai ejen negeri Pahang apabila mereka berjaya, maka berjayalah negeri Pahang,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Pembiayaan i-PUSH Fasa 3 Untuk Usahawan Mikro Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang, hari ini.

Amizar berkata, pembiayaan ini juga adalah satu insentif bersifat menang-menang antara Kerajaan Negeri Pahang dan juga para usahawan terlibat.

“Ini adalah satu inisiatif yang kerajaan negeri buat untuk saling membantu antara kerajaan Pahang bersama usahawan dan inilah titik mula yang kita gerakkan dan telah pun masuk Fasa 3.

“Dan kita doakan supaya jika ada Fasa 4 (tidak lama lagi)… kita tunggu sahaja pengumuman daripada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail,” katanya.

Seramai 211 penerima dari daerah Kuantan menerima surat pembiayaan i-PUSH Fasa 3 daripada 1,132 usahawan yang berjaya dari seluruh Pahang.

Related Posts

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

KOTA KINABALU – Platform Jawatankuasa Tindakan Perpaduan Negeri Sabah (PaduNegeri) dilihat sebagai mekanisme penting dalam memperkukuh keharmonian masyarakat berbilang kaum di negeri ini. Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

IPOH – Tiga lelaki ditemukan maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik ketika disyaki cuba mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di kawasan tanah lapang berhampiran tiang elektrik di Taman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan