Konsisten jaga rakyat, PMX layak digelar Bapa Rakyat Negara

BAGAI pohon rendang di tengah padang, tempat rakyat berteduh dalam susah dan senang.

Perumpamaan Melayu ini tepat menggambarkan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) yang kini dilihat semakin menyelami realiti hidup rakyat, bukan sekadar lantang berbicara di pentas dunia, tetapi turut memastikan rakyat di bawah jagaan beliau tidak terabai.

Menurut penganalisis politik, Datuk Dr. Azhar Ahmad, gelaran Bapa Rakyat Negara wajar diberikan kepada Anwar susulan siri langkah berani, berjiwa rakyat dan konsisten yang telah beliau lakukan sejak menerajui tampuk pemerintahan negara.

“PMX bukan sekadar menyelesaikan isu besar di peringkat antarabangsa, tetapi beliau memberi tumpuan langsung kepada rakyat marhaen. Langkah-langkah seperti Skim Tanggungjawab Rakyat (STR), bantuan BUDI MADANI, pengurangan tarif elektrik, penurunan harga minyak RON95 kepada RM1.99, serta pengumuman bantuan tunai RM100 kepada setiap rakyat dewasa sempena hari kemerdekaan membuktikan komitmen beliau terhadap kesejahteraan rakyat.

“Semuanya menggambarkan jiwa pemimpin rakyat yang tulen,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Azhar menambah, sikap Perdana Menteri yang memilih pendekatan turun padang, mendengar keluhan rakyat, dan menyampaikan bantuan terus ke bawah merupakan elemen penting kepimpinan yang bersifat rahmah dan inklusif.

“Bukan mudah seorang pemimpin mengekalkan ketenangan dalam tekanan politik yang bertubi. Namun PMX tidak terheret dalam permainan kebencian pembangkang, sebaliknya terus bekerja dan membuktikan bahawa kerajaan Madani bukan retorik.

“Terbaru, pengumuman bantuan RM100 untuk semua rakyat berumur 18 tahun ke atas membuktikan lagi keprihatinan beliau kepada seluruh lapisan masyarakat. Walaupun nilainya tidaklah besar, tetapi dalam suasana kos sara hidup mencengkam, ia tetap bagaikan seteguk air ketika kehausan.

“Hari ini, Kerajaan MADANI sekali lagi mengumumkan berita gembira, setiap warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas akan menerima bantuan tunai RM100 yang dikreditkan terus ke MyKad. Ini bukan sahaja tanda penghargaan sempena Hari Kebangsaan ke-68, tetapi juga satu lagi bukti bahawa PMX benar-benar peduli tentang nasib rakyat, bukan sekadar melakar naratif politik,” katanya.

Antara berita baik yang diumumkan Perdana Menteri kepada rakyat Malaysia hari ini termasuklah cuti umum tambahan pada 15 September, tiada kenaikan kadar tol untuk 10 Lebuhraya dan penurunan harga RON95.

“PMX juga mengumumkan penurunan harga petrol RON95 sebagai langkah untuk mengurangkan beban kos hidup rakyat. Langkah ini dijangka memberi kelegaan kepada pengguna kenderaan di seluruh negara.

“Model subsidi bersasar ini lebih adil, yang guna banyak biasanya syarikat besar atau golongan kaya kena lah bayar lebih, sementara rakyat biasa dilindungi.

“Pemimpin seperti PMX wajar diangkat sebagai Bapa Rakyat Negara kerana tindak-tanduk beliau memberi impak langsung kepada kehidupan rakyat marhaen, bukan sekadar menjaga angka ekonomi.

“Segala tindak-tanduknya memberi impak langsung kepada kesejahteraan hidup rakyat, bukan sekadar menjaga angka KDNK,” katanya.

Azhar yang juga Ketua UMNO Bahagian Beruas menambah, pendekatan inklusif dan tenang Perdana Menteri dalam menghadapi cabaran politik membuktikan bahawa Kerajaan MADANI bukan sekadar slogan kosong.

“Bagi rakyat, bukan sekadar janji, tetapi hasil dan sentuhan yang nyata. Dengan rekod kebajikan dan keprihatinan yang dipamerkan, gelaran ‘Bapa Rakyat Malaysia’ amat tepat untuk PMX, seiring gelaran yang pernah diberikan kepada tokoh negara terdahulu.

“Rakyat hari ini bukan hanya menilai berdasarkan ucapan, tetapi hasil dan sentuhan. Di bawah kepimpinan PMX, bukan sahaja bantuan sampai kepada golongan miskin tegar dan pertengahan, tetapi ada juga pemulihan dalam imej Malaysia di mata dunia.

“Jika Tun Razak digelar Bapa Pembangunan, Tun Hussein Onn sebagai Bapa Perpaduan, maka dengan segala rekod kebajikan dan keprihatinan yang diperlihatkan, Datuk Seri Anwar Ibrahim selayaknya diangkat sebagai Bapa Rakyat Negara,” katanya.

Related Posts

Masjid perlu kekal bebas elemen politik

PUTRAJAYA – Masjid perlu kekal berperanan sebagai institusi penyebaran agama dan ilmu serta tidak wajar dikaitkan dengan sebarang aktiviti atau pengaruh politik kepartian, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Inisiatif ‘smart lane’ berjaya kurangkan kemalangan

PUTRAJAYA – Pelaksanaan ‘smart lane’ di lebuh raya menyumbang kepada penurunan kadar kemalangan di beberapa lokasi utama, membuktikan keberkesanan inisiatif itu dalam meningkatkan tahap keselamatan serta mengurangkan kesesakan lalu lintas.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi