Projek Kota MADANI bukan bersifat kosmetik

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa menegaskan projek pembangunan Kota MADANI bukan bersifat kosmetik atau bermotifkan politik.

Sebaliknya, beliau berkata, ia adalah inisiatif strategik bagi menjamin kesejahteraan penjawat awam yang merupakan tulang belakang pentadbiran negara.

Berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara berhubung Pengurusan Pembangunan Putrajaya pada 2021, katanya, Putrajaya Holdings Sdn Bhd perlu membina 35,000 unit kuarters kerajaan di Putrajaya, namun kini hanya terdapat 22,452 unit disediakan dan bakinya masih belum dibangunkan.

Dr Zaliha berkata, rekod Bahagian Pengurusan Hartanah setakat 15 Jun lalu menunjukkan bilangan penjawat awam yang menunggu bagi pengisian kuarters kerajaan adalah seramai 17,366 orang berbanding kekosongan 1,449 unit.

“Justeru bagi memenuhi keperluan itu, kerajaan merancang inisiatif pembangunan Kota MADANI yang membabitkan pembinaan 10,000 unit kuarters kerajaan baharu.

“Pembangunan ini akan memberi manfaat secara langsung kepada kira-kira 10,000 penjawat awam.

“Ia akan dilaksanakan di atas tanah seluas 102 ekar (41.27 hektar) di Presint 19, Putrajaya,” katanya dalam jawapan bertulis dimuat naik dalam laman sesawang Parlimen.

Beliau menjawab soalan Datuk Dr Alias Razak (PN-Kuala Nerus) mengenai asas pemilihan serta hala tuju projek rintis Kota MADANI, dan perancangan kerajaan bagi memastikan ia bukan sekadar projek bersifat kosmetik tanpa manfaat sebenar kepada rakyat.

Menjelaskan lanjut, Dr Zaliha berkata, konsep Kota MADANI bukan sekadar penyediaan perumahan tetapi satu model pembangunan bandar berteraskan ciri-ciri mesra pejalan kaki, inklusif, berintegrasi, serta mampan dan berperikemanusiaan.

Selaras aspirasi Malaysia MADANI, beliau berkata, antara kemudahan awam dirancangkan ialah sekolah, masjid, taska, gimnasium serta ruang komuniti yang saling berdekatan bagi menyokong gaya hidup sihat dan lestari.

“Kota MADANI bukan projek mewah atau elitis, tetapi ia berasaskan keperluan nyata.

“Untuk makluman, konsep pembangunan padat dan pembangunan menegak adalah sebahagian daripada perancangan jangka panjang Putrajaya sejak 1998 tetapi akhirnya hanya diterjemahkan melalui projek Kota MADANI,” katanya.

Related Posts

Biodiesel B15 dilancar 1 Jun, sokong penstabilan harga diesel

PUTRAJAYA – Kerajaan memutuskan biodiesel B15 mesti dikeluarkan melalui 19 loji mulai 1 Jun ini juga, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata, pengeluarannya penting bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mahkamah Rayuan arah lelaki belasah isteri hingga koma dipenjara 14 tahun

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan memerintahkan bekas suami Jahidah Nordin iaitu Rosmaini Abdul Raof, dihukum penjara 14 tahun berkuat kuasa hari ini atas kesalahan menyebabkan kecederaan parah terhadap wanita itu, lima…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

10 aktivis Malaysia sedia teruskan misi GSF 2.0 ke Gaza kali kedua

10 aktivis Malaysia sedia teruskan misi GSF 2.0 ke Gaza kali kedua

PMX sumbang RM100,000 bantu ASWO sertai World Music Contest 2026 di Belanda

PMX sumbang RM100,000 bantu ASWO sertai World Music Contest 2026 di Belanda

Kementerian Ekonomi selaras segera kerja naik taraf Pulau Tioman

Kementerian Ekonomi selaras segera kerja naik taraf Pulau Tioman

Pembenihan awan dipercepat di Kedah, Perlis tangani cuaca kritikal

Pembenihan awan dipercepat di Kedah, Perlis tangani cuaca kritikal

Sentuhan Bibiq jadi legasi, 3 sepupu kekalkan citarasa masakan payau

Sentuhan Bibiq jadi legasi, 3 sepupu kekalkan citarasa masakan payau

Projek Sistem Air Akut Rantau Panjang capai tahap 33 peratus siap

Projek Sistem Air Akut Rantau Panjang capai tahap 33 peratus siap