Sentuhan Bibiq jadi legasi, 3 sepupu kekalkan citarasa masakan payau

TAWAU – Dalam dunia kulinari yang semakin moden, tiga sepupu memilih untuk kembali kepada akar tradisi dengan mengekalkan sentuhan Bibiq (nenek) dalam setiap hidangan masakan daging rusa atau payau.

Usaha itu bukan sahaja melestarikan resipi lama, malah menjadi simbol penghargaan terhadap warisan keluarga yang sarat dengan nilai budaya dan kenangan.

Walaupun berdepan suasana hiruk-pikuk dengan bunyi pesawat yang silih berganti, di sebalik kesibukan kawasan lapangan terbang iaitu kira-kira 500 hingga 600 meter dari landasan, terselit sebuah dapur kecil Bibiq Corner yang menjadi nadi kepada usaha ketiga-tiga sepupu berkenaan.

Warisan nenek

Riniwarti Rosaidy, 47; Rohayati Akmar Ramlie, 35, dan Rozalia Nur Ramlie, 29, tekad mempertahankan warisan nenek mereka sejak empat dekad dengan keaslian masakan payau yang semakin jarang ditemui.

Menurut Riniwarti, antara menu yang menjadi tarikan pengunjung adalah sup daging payau, nasi goreng payau dan payau masak kicap.

“Semua resipi kami sediakan sendiri dan sebelum dijual, kami akan pastikan setiap masakan memenuhi rasa yang ditetapkan.

“Kami memang jaga konsistensi yang mana rempah sudah siap disukat dan dibungkus, jadi pembantu dapur tahu berapa sukatan dan jumlah air yang perlu digunakan untuk setiap jumlah daging,” katanya ketika ditemui The Malaysia Press, di Tawau.

Tumpuan pelancong

Riniwarti tidak menafikan bahawa premis makanan itu turut dikunjungi pelanggan dari Semenanjung dan pelancong luar negara yang singgah sebelum atau selepas penerbangan mereka di Tawau.

Katanya, selain selebriti terkenal, orang kenamaan juga kerap ke premis makanan berkenaan termasuklah semasa waktu cuti dan musim berkempen pilihan raya.

“Syukur Alhamdulillah menu itu (masakan payau) kini semakin sinonim dengan Tawau dan menjadi antara perkara pertama yang dicari pengunjung dari luar daerah selain makanan laut.

“Boleh dikatakan kira-kira 40 peratus pelanggan kami terdiri daripada pelancong terutama dari China dan ada juga pelanggan dari Korea yang datang memang mahu cuba menu daging payau ini,” kongsinya.

Lesen sah

Mengulas mengenai penjualan daging payau itu, Riniwarti memaklumkan penjualan payau yang sudah dimasak itu dilakukan secara sah melalui lesen yang dikeluarkan pihak berkuasa berkaitan.

“Haiwan itu spesies dilindungi dan kami memang ada permit yang diperbaharui setiap tahun yang berkaitan dengan hidangan ini dan kami memasak setiap hari purata 10 hingga 15 kilogram mengikut permintaan.

“Bekalan payau tidak datang setiap hari sebab ia bermusim. Bila ada bekalan, kami akan buat simpanan sendiri dalam penyimpanan khas.

“Kami juga tidak boleh jual sesuka hati kerana ada jumlah tertentu yang dibenarkan melalui lesen dan kami juga tidak boleh menjual daging rusa yang belum dimasak,” ujarnya.

Pelihara resepi warisan

Tambah Riniwarti, legasi Bibiq bukan sekadar kenangan yang diusahakan neneknya tetapi amanah yang perlu dipelihara agar warisan rasa itu terus hidup dan dikenali oleh generasi akan datang sebagai sebahagian daripada khazanah kulinari tempatan bernilai tinggi.

Kini, Bibiq Corner turut mempunyai cawangan di Balung dan dalam perancangan membuka cawangan ketiganya di Kabota, Julai ini.

Related Posts

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

MIRI – Tanjung Lobang Lighthouse berpotensi diperkasakan sebagai salah satu tapak warisan sejarah penting di bandar raya Miri susulan lawatan tapak yang diadakan baru-baru ini bagi meninjau usaha penambahbaikan kawasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

KUCHING – Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn menegaskan peranan penting Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) dalam memelihara warisan masyarakat Bidayuh, memperkukuh perpaduan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi