10 aktivis Malaysia sedia teruskan misi GSF 2.0 ke Gaza kali kedua

SEPANG – Sepuluh rakyat Malaysia yang terbabit dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 dijangka memulakan semula pelayaran ke Gaza pada bila-bila masa selepas kekal berada di Istanbul, Turkiye.

Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Halim Araby berkata, kesemua aktivis berkenaan tidak pulang ke Malaysia bagi meneruskan komitmen dalam misi kemanusiaan itu.

“Sebaik mereka dibebaskan, pemeriksaan kesihatan dilakukan dan mereka didapati dalam keadaan baik tanpa ada sebarang kecederaan.

“Saudara Nadir (Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman) selaku Chef de Mission Sumud Nusantara akan mengetuai operasi di laut dan kami sedang membuat penilaian untuk menggabungkan sektor (kumpulan) dari Greece dan Turkiye sedikit masa lagi.

“Justeru, 10 individu ini tidak pulang (ke Malaysia) dan mereka akan diberi tugasan dari semasa ke semasa dan akan maklumkan apabila pelayaran itu bermula semula pada bila-bila masa,” katanya pada sidang media di SNCC, di sini, hari ini.

Sani berkata, usaha meneruskan pelayaran berdepan cabaran besar termasuk pengurusan aset kapal, dengan 17 kapal masih belum berjaya ditunda selain kesukaran mengendalikan kapal yang disabotaj.

“Daripada 21 kapal yang ditahan secara haram pada 30 April lalu, tiga daripadanya berjaya ditunda oleh kapal Open Arms dari Barcelona yang ditemui dalam keadaan sangat teruk.

“Satu kapal (Goleta) disahkan karam diyakini sabotaj pihak rejim (Israel), manakala 17 lagi kapal masih berada di lautan dan sedang dalam usaha untuk ditunda,” katanya.

Pada masa sama, beliau mengecam tindakan penahanan terhadap dua aktivis kemanusiaan yang juga jawatankuasa induk Global Sumud Flotilla (GSF), iaitu Saif Abukeshek dan Thiago Ávila.

“Pihak rejim menculik dan menahan mereka lebih 96 jam di Penjara Shikma, Ashkelon.

“SNCC menegaskan bahawa kedua-dua aktivis itu berhak mendapat perbicaraan yang adil serta perlu dibebaskan segera tanpa sebarang syarat,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Sani turut melancarkan kempen tujuh hari menerusi gelombang #BreakTheSilent dan #BreakTheSiege bagi menggerakkan sokongan rakyat.

“SNCC menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk terus bersuara menyokong pembebasan Gaza dan Palestin dengan gandakan usaha bercakap di semua media sosial.

“Pada masa sama, kita boleh berkongsi fakta melawan propaganda rejim yang menjajah serta normalisasi genosid di Gaza,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan terhadap sokongan pelbagai pihak termasuk Yang di-Pertua Dewan Rakyat, ahli Parlimen merentas parti, kementerian, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta pengamal media.

“Semua pihak ini bangkit menzahirkan solidariti terhadap misi kemanusiaan ini melalui kenyataan sokongan yang dikeluarkan.

“SNCC juga menyokong gesaan dan pendirian tegas Perdana Menteri Malaysia, Sepanyol dan Turkiye serta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Organisation of Islamic Cooperation (OIC) yang mengutuk tindakan Israel menculik aktivis flotilla di perairan antarabangsa.

“Pada masa sama, mereka juga mendesak tindakan pencabulan terhadap undang-undang antarabangsa ini yang mesti diadili,” katanya.

Tambahnya yang turut menggesa rakyat Malaysia terus melaksanakan solat hajat serta Qunut Nazilah sebagai sokongan terhadap misi berkenaan dan usaha pembebasan Gaza.

“Sebarang penyebaran maklumat perlu berpandukan sumber sahih selain disertai dengan usaha advokasi berterusan di peringkat nasional dan antarabangsa,” katanya.

Related Posts

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

KUALA LUMPUR – Kerajaan dijangka mengumumkan pelan kesinambungan bekalan minyak negara pada pertengahan bulan ini susulan ketidaktentuan bekalan global akibat konflik berlarutan di Asia Barat dan penutupan Selat Hormuz. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM imbau kenangan bersama SMK Banggi

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimbau kembali kenangan lawatan beliau ke Sekolah Menengah Kebangsaan Banggi ketika mengadakan kunjungan ke pulau berkenaan baru-baru ini. Menurut beliau, lawatan kali ini cukup…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi