Kementerian Ekonomi selaras segera kerja naik taraf Pulau Tioman

PUTRAJAYA – Pulau Tioman bakal kembali bersinar sebagai destinasi pelancongan utama dunia selepas kerajaan bersetuju menyegerakan projek baik pulih infrastruktur yang kini berada dalam keadaan kritikal.

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata, isu kemudahan usang seperti jeti reput dan jalan runtuh memerlukan penyelesaian konkrit bagi menjamin keselesaan penduduk setempat serta pelancong antarabangsa.

“Dalam Mesyuarat Penyelarasan Pulau Tioman yang dipengerusikan oleh saya baru-baru ini, beberapa isu utama dikenal pasti untuk tindakan segera.

“Antaranya jeti Kampung Paya dan Mukut… proses baik pulih akan dijalankan secara usaha sama memandangkan keadaan kedua-dua jeti tersebut mencapai tahap kritikal,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Beliau turut memaklumkan langkah teknikal sedang dirangka bagi menangani masalah tanah mendap yang menjejaskan struktur jalan raya.

Selain itu, jelasnya, Isu muara sungai cetek yang mengganggu jadual perjalanan feri turut menjadi agenda utama bagi memastikan kelancaran logistik ke pulau berkenaan.

“Keputusan berdasarkan data perlu disegerakan sekarang. Jika kita menangguh lagi dalam tempoh dua ke tiga tahun akan datang, kos pembaikan akan melonjak berkali ganda dan akhirnya rakyat yang akan menanggung kerugian,” ujar beliau.

Mohd Shahar berkata, agensi di bawah
Kementerian juga memainkan peranan aktif dalam memastikan koordinasi antara agensi kerajaan berjalan lancar tanpa birokrasi membebankan.

Katanya, langkah ini diambil bagi memastikan setiap perancangan pembangunan tidak sekadar menjadi ‘janji manis’ sebaliknya membuahkan hasil yang nyata.

Beliau turut memaklumkan akan mengadakan lawatan kerja ke Pulau Tioman dalam masa terdekat bagi memantau sendiri pelaksanaan projek-projek tersebut di lapangan.

Related Posts

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

MIRI – Tanjung Lobang Lighthouse berpotensi diperkasakan sebagai salah satu tapak warisan sejarah penting di bandar raya Miri susulan lawatan tapak yang diadakan baru-baru ini bagi meninjau usaha penambahbaikan kawasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

KUCHING – Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn menegaskan peranan penting Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) dalam memelihara warisan masyarakat Bidayuh, memperkukuh perpaduan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi