Kenyataan media adendum penahanan rumah adalah palsu – Zaliha

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) menafikan kenyataan media yang tular mengenai adendum penahanan rumah yang dikaitkan dengan dirinya.

Menurut Dr. Zaliha Mustafa, kenyataan media yang bertarikh 6 Disember itu adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan oleh pihaknya seperti yang ditularkan sebelum ini serta akan mengambil tindakan terhadap pelaku.

“Untuk makluman, kenyataan media ini adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan oleh saya. Ini adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab.

“Saya akan mengambil tindakan undang-undang kepada sesiapa yang mengeluarkan dan menyebarkan kenyataan media palsu ini,” ujar kenyataan itu.

Semalam, Najib memfailkan permohonan untuk mengemukakan bukti baharu di Mahkamah Rayuan bagi membuktikan wujudnya perintah tambahan yang membenarkannya menjalani baki tempoh penjaranya di bawah tahanan rumah.

Bekas perdana menteri itu bergantung kepada bukti baharu untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan prosiding semakan kehakiman agar kerajaan melaksanakan titah diraja yang dikeluarkan oleh Sultan Abdullah.

Anak sulung Najib, Mohamad Nizar juga didakwa menerima dokumen daripada Istana Pahang sebagai bukti tambahan baharu dalam rayuan berhubung kewujudan titah adendum.

Bercakap kepada pemberita selepas prosiding di Mahkamah Rayuan semalam, peguam Shafee Abdullah berkata, dokumen tersebut diterima Nizar pada 2 Disember atas arahan Sultan Pahang.

Najib, 71, sedang menjalani hukuman penjara enam tahun sejak 23 Ogos 2022, selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd memfailkan petisyen untuk pengampunan diraja pada 2 September 2022.

Titah adendum yang dikatakan diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 itu akan membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah.

Related Posts

Isu 3R wajar di bawah Akta Hasutan, bukan medan kritik politik – Fahmi

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi , Datuk Fahmi Fadzil menegaskan Akta Hasutan masih diperlukan khususnya dalam kes melibatkan isu kaum, agama dan institusi diraja (3R), namun tidak wajar disalahgunakan terhadap…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pendekatan bersasar tangani isu subsidi, ekonomi kekal terkawal – Fahmi

KUALA LUMPUR – Pendekatan kerajaan dalam menangani isu subsidi pada masa ini adalah lebih bersasar dan tidak dilaksanakan secara menyeluruh, bagi memastikan kestabilan ekonomi negara terus terpelihara, kata Menteri Komunikasi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kad Kesihatan Kasih Makmur beri manfaat 10,000 veteran tentera, polis

Kad Kesihatan Kasih Makmur beri manfaat 10,000 veteran tentera, polis

Rafizi Ramli hadir ke SPRM, siasatan pelaburan RM1.1 bilion diteruskan

Rafizi Ramli hadir ke SPRM, siasatan pelaburan RM1.1 bilion diteruskan

Dua maut, dua cedera dalam kemalangan di Manek Urai

Dua maut, dua cedera dalam kemalangan di Manek Urai

DAP saran persempadanan semula 7 DUN Johor, elak ketidakseimbangan pengundi

DAP saran persempadanan semula 7 DUN Johor, elak ketidakseimbangan pengundi

Penganggur mengaku tidak bersalah miliki diesel tanpa lesen

Penganggur mengaku tidak bersalah miliki diesel tanpa lesen

DBKK-MYSA meterai MoU, pacu bandaraya berteraskan data

DBKK-MYSA meterai MoU, pacu bandaraya berteraskan data