MCMC hapus lebih 2,400 kandungan unsur pelacuran sejak Januari 2022

SEBANYAK 2,444 laman sesawang dan dan kandungan berkaitan pelacuran diambil tindakan sejak Januari 2022 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dengan kerjasama Meta, Telegram dan Tiktok.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, usahasama ini melibatkan sekatan keatas 279 laman sesawang dan mengalih keluar 2,165 kandungan berkaitan pelacuran merentasi pelbagai platform media sosial.

Fahmi berkata, kebanyakan kandungan ini diambil dari Facebook pada 46.84 peratus, diikuti oleh TikTok (30.44 peratus) dan Telegram (21.2 peratus).

“Bagaimanapun, keputusan muktamad untuk mengalih keluar kandungan terletak pada penyedia perkhidmatan, yang menilai permintaan sedemikian berdasarkan piawaian komuniti mereka yang telah ditetapkan,” katanya semasa sesi soal jawab di Dewan Negara pada Khamis.

Fahmi menjawab soalan Senator Datuk Bobbey Suan berhubung usaha kerajaan untuk membendung budaya kandungan eksplisit dan langkah menangani pengendali akaun yang mempromosikan pelacuran di platform seperti X dan Telegram.

Beliau berkata, penguatkuasaan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) oleh MCMC melengkapkan undang-undang sedia ada, seperti Seksyen 372A, 372B dan 373 Kanun Keseksaan (Akta 574), yang terletak di bawah bidang kuasa polis untuk menangani pelacuran dalam talian atau aktiviti ‘darkside’.

“MCMC menyediakan bantuan teknikal, termasuk analisis forensik digital dan maklumat untuk mempercepatkan siasatan dan membantu pihak berkuasa dalam mengumpul bukti yang diperlukan,” katanya.

Tambahnya, tindakan ini juga merupakan kerajaan untuk memastikan platform media sosial mengambil langkah yang lebih proaktif dalam memerangi trend jenayah siber, termasuk pelacuran.

“Ini sedang ditangani melalui keperluan pelesenan baharu bagi penyedia perkhidmatan, yang akan berkuat kuasa pada Januari tahun depan,” katanya.

Ketika ditanya mengenai rancangan untuk mengenakan sekatan umur kepada pengguna media sosial, beliau berkata kerajaan akan memastikan penyedia platform melaksanakan langkah tersebut sebagai sebahagian daripada rangka kerja pelesenan akan datang.

“Kebanyakan platform sudah menguatkuasakan keperluan umur minimum, biasanya ditetapkan pada 13 tahun, kecuali untuk WhatsApp. Di bawah proses pelesenan, kami akan memastikan platform menggunakan langkah untuk mengesahkan umur pengguna,” katanya.

Selain itu, beliau turut menekankan kepentingan kesedaran orang ramai, menggesa ibu bapa supaya tidak menormalkan penggunaan media sosial dalam kalangan kanak-kanak di bawah umur 13 tahun.

Related Posts

Tiga tahun pentadbiran PMX dari sudut pandang sosial rakyat

BERIKUT adalah sudut pandang sosial rakyat terhadap tiga tahun pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX). Dapatan yang terhasil berdasarkan data rasmi, laporan kerajaan, dan statistik yang boleh disahkan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPR keluar 446 kertas undi pos bagi PRK Kinabatangan, Lamag

KINABATANGAN – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengeluarkan sebanyak 446 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ta’awun atau taktik? Bila agama dijadikan perisai kegagalan politik

Ta’awun atau taktik?  Bila agama dijadikan perisai kegagalan politik

Tiga tahun pentadbiran PMX dari sudut pandang sosial rakyat

Tiga tahun pentadbiran PMX dari sudut pandang sosial rakyat

Polis sedang cuti individu tular tampar lelaki di stesen minyak

Polis sedang cuti individu tular tampar lelaki di stesen minyak

SPR keluar 446 kertas undi pos bagi PRK Kinabatangan, Lamag

  • By Fatin
  • January 12, 2026
SPR keluar 446 kertas undi pos bagi PRK Kinabatangan, Lamag

RM21.476 juta untuk kemudahan rakyat Kadamaian, Jalan Taginambur–Kamburaon dinaik taraf

RM21.476 juta untuk kemudahan rakyat Kadamaian, Jalan Taginambur–Kamburaon dinaik taraf

Sarawak perkenal Program Bas Sekolah Percuma, rintis penggunaan teknologi pintar

Sarawak perkenal Program Bas Sekolah Percuma, rintis penggunaan teknologi pintar