Kemerdekaan bukan sekadar acara, tetapi membina tamadun – KP JKOM

“SAMBUTAN Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini bukan sekadar acara tahunan yang bersifat upacara, sebaliknya perlu dihayati dengan semangat membangun Malaysia MADANI,” tegas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop.

Menurut Ismail, ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika melancarkan Jalur Gemilang di Muar, Johor baru-baru ini sarat dengan mesej mendalam tentang pengertian kemerdekaan.

“Ucapan itu sangat bermakna kerana kemerdekaan bukan sekadar acara memperingati ulang tahun negara mencapai 68 tahun merdeka, tetapi lebih daripada itu.

“Ia membawa makna bagaimana kita membina manusia dengan pemikiran, jiwa, dan roh yang yakin untuk membangun tamadun dan budayanya sendiri,” katanya dalam podcast Minda Tok Abah pada Jumaat.

Beliau juga menegaskan, pendekatan Perdana Menteri dalam mengaitkan kemerdekaan dengan konsep Malaysia MADANI wajar diperhatikan secara mendalam.

Katanya, MADANI bukan sahaja merujuk kepada pembangunan fizikal, malah turut menekankan aspek pemikiran, kerohanian, kebenaran, serta martabat insan.

“Kemerdekaan ini bukan hanya bebas daripada penjajahan fizikal seperti penjajahan British, tetapi juga membabitkan soal martabat dan darjat manusia karamah insaniah atau maruah insan. Inilah semangat yang perlu dipupuk dalam masyarakat,” jelas beliau.

Dalam pada itu, Ismail turut mengingatkan bahawa kemerdekaan negara tidak dicapai secara kebetulan atau perundingan semata-mata, sebaliknya lahir daripada perjuangan, pengorbanan, serta kesediaan untuk berunding dalam semangat inklusiviti.

Katanya, sejarah perjuangan kemerdekaan perlu difahami bukan sekadar dari sudut kenegaraan, tetapi juga bagaimana ia membentuk nilai kebersamaan rakyat Malaysia dalam membina negara bangsa.

Mengulas lebih lanjut, Tok Abah merujuk pandangan ilmuwan Islam terkenal, Ibnu Khaldun, bahawa proses membina sesebuah tamadun memerlukan masa beratus-ratus tahun.

“Ibnu Khaldun menyebut, membangun tamadun itu mengambil masa ratusan tahun, mungkin 100, 200 atau 300 tahun. Malaysia baharu sahaja berusia 68 tahun, maka perjalanan kita masih panjang untuk membina sebuah tamadun yang benar-benar matang,” katanya.

Sehubungan itu, Tok Abah menekankan bahawa setiap rakyat mesti menghayati makna kemerdekaan dalam kehidupan masing-masing agar aspirasi Malaysia MADANI dapat direalisasikan.

Related Posts

Simpanan persaraan lebih terjamin dengan i-Legasi, i-Emas

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan i-Legasi dan i-Emas bagi memperkukuh jaminan kewangan serta memastikan kelangsungan simpanan persaraan ahli dalam jangka panjang. Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO