Kemenangan kes Morais manifestasi kebenaran harus ditegakkan walau nyawa terancam

PUTRAJAYA – Keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman setimpal terhadap individu bertanggungjawab dalam pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais disifatkan sebagai manifestasi keadilan berjaya ditegakkan.

Persatuan Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (JALSOA) menerusi kenyataan memaklumkan, perkara itu memberi kelegaan amat mendalam kepada pelbagai pihak.

Katanya, keputusan itu bukan sahaja untuk mendiang Morais dan keluarga, tetapi untuk seluruh warga kehakiman dan perundangan yang menjunjung prinsip undang-undang tanpa kompromi.

“Kejadian tragis ini mengingatkan kita semua akan cabaran sebenar dihadapi pegawai undang-undang khususnya Timbalan Pendakwa Raya dalam menjalankan tugas.

“Ini adalah demi menegakkan kebenaran dan keadilan walau berdepan risiko serta ancaman,” katanya menerusi kenyataan, pada Khamis.

Mengulas lanjut, JALSOA memaklumkan, pegawai undang-undang dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan kekal teguh dengan iltizam dan keyakinan serta tidak akan gentar atau berundur, meskipun wujud kebimbangan insiden seumpama ini boleh berulang.

Menurut badan bukan kerajaan (NGO) itu, komitmen itu tidak pernah berubah dalam usaha memastikan keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang terus terpelihara.

“JALSOA turut merakamkan penghargaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas siasatan rapi dan komprehensif serta pasukan Timbalan Pendakwa Raya, Jabatan Peguam Negara yang menjalankan amanah dengan penuh ketekunan, profesionalisme dan keberanian di setiap peringkat prosiding mahkamah.

“Buat mendiang Morais, walaupun perkenalan kita singkat, jasa dan semangatmu tetap hidup dalam ingatan serta prinsip yang kami pertahankan bersama. Keadilan telah ditegakkan dan legasimu kekal abadi,” katanya.

Pada Selasa, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati ke atas bekas pakar patologi yang disabit dengan kesalahan membunuh Morais pada 2015.

Panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat mengesahkan sabitan membunuh terhadap Kol Dr R Kunaseegaran, 62, S Nimalan, 31 dan S Ravi Chandran, 53.

Bagaimanapun Nimalan dan Ravi Chandran terlepas daripada hukuman gantung selepas mahkamah meringankan hukuman mati dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi terhadap mereka, kepada hukuman penjara seumur hidup.

Nimalan dijatuhi hukuman penjara 35 tahun dengan 12 sebatan manakala Ravi Chandran yang dijatuhi hukuman penjara 40 tahun, tidak dikenakan hukuman sebat kerana berusia lebih 50 tahun.

Hakim Tengku Maimun berkata, hukuman mati Kunaseegaran kekal kerana lelaki itu telah menarik balik rayuannya terhadap hukuman itu.

Bagaimanapun, mahkamah melepas dan membebaskan tiga individu lain iaitu R Dinishwaran, 32, A K Thinesh Kumar, 31, dan M Vishwanath, 34, daripada pertuduhan berkenaan.

Kevin Morais dilaporkan hilang pada 4 September 2015 sebelum mayat mendiang ditemukan dalam tong dram diisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, Selangor pada 16 September tahun sama

Related Posts

BDR jimat subsidi petrol RON95 lebih RM4.22 juta

PUTRAJAYA – Inisiatif bekerja dari rumah (BDR) yang dilaksanakan kerajaan sejak 15 April lalu berjaya mengurangkan penggunaan petrol RON95 dengan penjimatan subsidi mencecah RM4.22 juta bersamaan 2.14 juta liter setakat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kos pengeluaran agrokomoditi meningkat susulan kenaikan input pertanian

PUTRAJAYA – Kos pengeluaran industri agrokomoditi negara meningkat susulan kenaikan ketara harga input pertanian termasuk baja NPK bagi kategori tempatan dan import yang naik sehingga 45.5 peratus, manakala racun meningkat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BDR jimat subsidi petrol RON95 lebih RM4.22 juta

BDR jimat subsidi petrol RON95 lebih RM4.22 juta

200,000 benih udang galah dilepaskan di Sungai Temburong

200,000 benih udang galah dilepaskan di Sungai Temburong

Buruh asing edar syabu dalam pondok ditahan polis

Buruh asing edar syabu dalam pondok ditahan polis

876 penduduk DUN Kabong ceria terima bakul makanan sempena Gawai

876 penduduk DUN Kabong ceria terima bakul makanan sempena Gawai

Rafizi kelompok ‘hanya dia yang betul’, pengunduran beri kelebihan kestabilan dalaman PKR

Rafizi kelompok ‘hanya dia yang betul’, pengunduran beri kelebihan kestabilan dalaman PKR

ATM laksana latihan ketenteraan secara tersusun, lalui proses pihak terlibat – MKN

ATM laksana latihan ketenteraan secara tersusun, lalui proses pihak terlibat – MKN