Kemelut politik Perlis beri tekanan kepada sistem raja berperlembagaan

KANGAR – Kemelut politik yang melanda Perlis dilihat semakin meruncing apabila percaturan dalaman parti pemerintah didakwa mula memberi tekanan terhadap sistem raja berperlembagaan serta menjejaskan kestabilan pentadbiran negeri.

Pengerusi Pakatan Harapan Perlis, Amin Ahmad berkata, krisis berkenaan bukan lagi bersifat dalaman, sebaliknya telah memberi kesan langsung kepada keharmonian institusi Raja dan kesejahteraan rakyat di negeri ini.

“Situasi yang berlaku ketika ini bukan sekadar konflik dalaman parti pemerintah, tetapi telah mula memberi tekanan kepada kestabilan pentadbiran negeri dan keharmonian institusi Raja Berperlembagaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, sebarang penarikan sokongan dan langkah politik yang tidak berhemah berpotensi mengheret Raja Perlis ke dalam krisis yang sepatutnya diselesaikan secara matang oleh parti-parti dalam kerajaan negeri sendiri.

“Institusi Raja wajib dihormati dan tidak seharusnya dijadikan jalan keluar kepada kegagalan kepimpinan atau konflik politik dalaman,” katanya.

Amin turut mengingatkan bahawa selepas krisis politik nasional pada 2020, rakyat telah menyampaikan mesej jelas bahawa kestabilan mesti menjadi asas utama pentadbiran negara dan negeri, termasuk melalui penggubalan undang-undang anti lompat parti.

Namun katanya, pelaksanaan kerangka undang-undang dan tatacara politik sedia ada masih perlu diperkukuh bagi memastikan mandat rakyat benar-benar dihormati serta tidak dimanipulasi demi kepentingan politik sempit.

Dari sudut pentadbiran, beliau berpandangan bahawa meskipun Perikatan Nasional memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 di Perlis, pentadbiran negeri masih gagal membuktikan keupayaan mentadbir secara stabil dan berfokuskan kebajikan rakyat.

“Kelemahan pengurusan bencana banjir baru-baru ini menjadi bukti apabila kerajaan negeri gagal tampil cekap, tersusun dan berkesan ketika rakyat berdepan krisis sebenar,” katanya.

Sehubungan itu, Amin menegaskan PH Perlis bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk pembubaran Dewan Undangan Negeri, sambil menyatakan komitmen untuk tampil sebagai pilihan kepimpinan yang lebih stabil dan berwibawa.

Beliau berkata, rakyat Perlis mahukan sebuah kerajaan negeri yang matang, menghormati institusi Raja dan benar-benar bekerja untuk rakyat, bukannya terus dibelenggu percaturan politik berpanjangan.

Related Posts

Kerajaan teliti impak gangguan petrokimia susulan penutupan Selat Hormuz

PUTRAJAYA – Kerajaan sedang memperhalusi kesan gangguan bekalan bahan petrokimia terhadap rantaian bekalan, khususnya sektor pembungkusan barangan keperluan harian, susulan penutupan Selat Hormuz. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga diesel turun lagi 85 sen

Harga diesel turun lagi 85 sen

Kerajaan teliti impak gangguan petrokimia susulan penutupan Selat Hormuz

Kerajaan teliti impak gangguan petrokimia susulan penutupan Selat Hormuz

Kerajaan bakal umum langkah baharu tangani pengangguran minggu depan

Kerajaan bakal umum langkah baharu tangani pengangguran minggu depan

463 permohonan turunkan kandungan berita palsu diterima MCMC

463 permohonan turunkan kandungan berita palsu diterima MCMC

BDR bantu jimat lebih 300,000 liter bahan api dalam tempoh seminggu

BDR bantu jimat lebih 300,000 liter bahan api dalam tempoh seminggu

200 juta liter diesel ke Australia bukan dari Malaysia – Fahmi

200 juta liter diesel ke Australia bukan dari Malaysia – Fahmi