Keadaan di Gaza seperti selepas dilanda gempa bumi dahsyat – PBB

HAMILTON – ‘Kemusnahan di Semenanjung Gaza sama seperti keadaan selepas dilanda gempa bumi dahsyat’.

Demikian kata Ketua Pejabat Perkhidmatan Projek PBB (UNOPS) yang menyamakan kemusnahan di Semenanjung Gaza dengan kesan selepas gempa bumi besar.

Beliau memberi amaran bahawa usaha pemulihan awal mesti dimulakan segera bagi mengelakkan ‘bencana kemanusiaan’ yang lebih teruk.

“Apa yang saya lihat di Gaza serupa dengan apa yang berlaku selepas gempa bumi besar, di mana segala-galanya runtuh sepenuhnya,” kata Jorge Moreira da Silva dalam satu sidang media maya selepas menghabiskan seharian di Gaza.

Moreira da Silva menekankan keperluan mendesak untuk memulihkan infrastruktur kritikal.

“Pemulihan di Gaza adalah mungkin, sama seperti yang telah berlaku di kawasan yang terjejas akibat gempa bumi besar.

“Hari ini, saya sangat terkejut dengan tahap kemusnahan. Keluarga yang kembali ke sisa rumah mereka berdepan risiko tinggi akibat senjata yang tidak meletup dan runtuhan yang tercemar,” katanya.

Moreira da Silva berkata, beliau melawat Hospital Eropah berhampiran Khan Younis semasa lawatannya ke Gaza, dan menyatakan bahawa sebelum konflik, hospital itu bergantung kepada tenaga solar untuk hampir separuh daripada keperluan tenaganya.

Namun, beliau menyatakan bahawa panel solar telah dimusnahkan, menyebabkan hospital terpaksa menggunakan generator diesel.

“Generator itu jelas telah rosak, dan alat ganti tidak dibenarkan dibawa masuk ke Gaza malah ia disenaraikan sebagai barang larangan oleh Israel.

“Jadi, anda boleh lihat dilema yang berlaku,” katanya.

Moreira da Silva menekankan bahawa hospital-hospital kini menghadapi kekurangan bekalan perubatan yang teruk, berpontensi membawa kepada akibat lebih buruk.

“Pembedahan dilakukan tanpa anestesia, dan jangkitan semakin merebak kerana kekurangan antibiotik manakala bayi yang baru lahir adalah antara golongan paling terdedah.

“Tiga bayi meninggal dunia kerana tiada bekalan elektrik, dan inkubator tidak dapat berfungsi,” katanya.

Moreira da Silva menegaskan bahawa perkhidmatan asas telah runtuh sepenuhnya, di mana sistem air dan kumbahan tidak lagi berfungsi, menyebabkan hospital terpaksa bergantung kepada air bawah tanah yang tercemar.

“Elektrik, tenaga, dan air adalah keperluan asas,” katanya.

Ketika ditanya mengenai rancangan Presiden AS, Donald Trump, untuk mengambil alih Gaza dan memindahkan penduduknya, Moreira da Silva menolak sebarang cadangan pemindahan paksa.

“Pemindahan paksa tidak selaras dengan undang-undang antarabangsa.

“Jangan jadikan situasi ini lebih sukar dan kompleks daripada apa yang sudah berlaku,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa pemulihan mesti dimulakan dengan membersihkan runtuhan dan membaiki jalan raya sebelum proses pembinaan semula boleh dipertimbangkan.

“Anda tidak boleh membuang runtuhan tanpa membaik pulih jalan. Saya telah berada di sana, mustahil untuk bergerak. Kita tidak sepatutnya memanggilnya jalan raya,” katanya.

“UNOPS tidak boleh melakukannya sendirian. Tiada agensi yang boleh melakukannya sendirian. Tahap kemusnahan ini memerlukan kerjasama erat dalam sistem multilateral,” katanya seperti dilapor Agensi Anadolu.

  • Related Posts

    Tembakan dilepaskan dalam majlis dihadiri Trump, isteri

    WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump diiring keluar dari dewan pada majlis White House Correspondents’ Dinner di sini, selepas beberapa bunyi kuat dipercayai sebagai tembakan kedengaran berhampiran lokasi…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Trump batal pergerakan delegasi AS ke Pakistan

    WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengarahkan wakilnya supaya tidak berangkat ke Pakistan bagi rundingan damai dengan pegawai Iran. Bagaimanapun, Trump menegaskan bahawa langkah itu tidak bermaksud perang…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Anwar: Negarawan dari rakyat, kepada rakyat

    Anwar: Negarawan dari rakyat, kepada rakyat

    Krisis Asia Barat: Kerajaan MADANI kekal lindungi rakyat, stabilkan ekonomi

    Krisis Asia Barat: Kerajaan MADANI kekal lindungi rakyat, stabilkan ekonomi

    Latihan ATM, agensi awam kecemasan perlu diperkasa secara holistik

    Latihan ATM, agensi awam kecemasan perlu diperkasa secara holistik

    Penduduk luar bandar mahu penyelesaian segera masalah jalan di kawasan pedalaman

    Penduduk luar bandar mahu penyelesaian segera masalah jalan di kawasan pedalaman

    Masyarakat, bomba perlu bersatu cegah kebakaran tanah gambut

    Masyarakat, bomba perlu bersatu cegah kebakaran tanah gambut

    Tembakan dilepaskan dalam majlis dihadiri Trump, isteri

    Tembakan dilepaskan dalam majlis dihadiri Trump, isteri