Anwar: Negarawan dari rakyat, kepada rakyat

TIDAK semua yang terjun ke hitam putih dunia politik untuk mencari kekuasaan semata-mata. Ada yang memasukinya kerana dipanggil oleh penderitaan rakyat.

Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada hemat saya, lahir dari jalur itu.

Sebelum menjadi Perdana Menteri, sebelum menjadi simbol Reformasi, beliau terlebih dahulu menjadi simbolik kepada suara rakyat.

Suara kepada denyut jalanan.
Suara kepada jeritan marhaen.
Suara yang menuntut perubahan.

Perjalanan Anwar bukan sekadar tentang pendakian politik, tetapi lebih kepada pembinaan sebuah gagasan. Anwar membawa idealisme tentang keadilan, demokrasi dan pemikiran Islam yang membebaskan.

Seperti Nelson Mandella, jarang ada pemimpin yang jatuh dari istana kuasa, lalu bangkit lebih besar di jalanan. Anwar berjaya melakukannya.

Inilah pembuktian sisi seorang pejuang yang cekal dalam diri Anwar. Beliau diuji dengan fitnah, dipenjara, dipisahkan daripada kuasa, namun tidak pernah dipisahkan daripada keyakinan perjuangannya.

Anwar melaluinya dengan sabar seorang pejuang, dan teguh seorang negarawan.

Ironinya, hari ini, ketika Malaysia mendepani zaman yang menuntut kestabilan, pembaharuan dan ihsan dalam kepimpinan, Allah hadirkan Anwar sebagai jawapan.

Malaysia bumi yang cukup bertuah, setiap pemimpin yang naik sebagai Perdana Menteri sesuai dengan keperluan Malaysia terhadap gaya kepimpinan mereka ketika dilantik.

Anwar membawa denyut harapan rakyat sebagai Perdana Menteri.

Di bawah kerangka Malaysia MADANI, Anwar jaya sebagai Perdana Menteri.

Berikan Anwar sepenggal lagi, maka kita akan mewarisi Malaysia yang pragmatik dan bersedia berdiri sebagai kuasa besar di Asia kepada generasi masa hadapan.

*Suwadi Guliling ialah Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM)

Related Posts

Krisis Asia Barat: Kerajaan MADANI kekal lindungi rakyat, stabilkan ekonomi

Oleh: Nazirul Haziq, Tengku Majid, Hafiq Hassan, Mohamad Fikri & Helda Julie MELAKA – Kerajaan MADANI di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus bertindak proaktif dalam melindungi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia, Brunei tegaskan komitmen perkukuh hubungan dua hala

PUTRAJAYA – Malaysia dan Brunei menegaskan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan dua hala yang telah lama terjalin, berpaksikan amanah, kepercayaan serta kesepakatan dalam menghadapi cabaran serantau dan antarabangsa. Komitmen tersebut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar: Negarawan dari rakyat, kepada rakyat

Anwar: Negarawan dari rakyat, kepada rakyat

Krisis Asia Barat: Kerajaan MADANI kekal lindungi rakyat, stabilkan ekonomi

Krisis Asia Barat: Kerajaan MADANI kekal lindungi rakyat, stabilkan ekonomi

Latihan ATM, agensi awam kecemasan perlu diperkasa secara holistik

Latihan ATM, agensi awam kecemasan perlu diperkasa secara holistik

Penduduk luar bandar mahu penyelesaian segera masalah jalan di kawasan pedalaman

Penduduk luar bandar mahu penyelesaian segera masalah jalan di kawasan pedalaman

Masyarakat, bomba perlu bersatu cegah kebakaran tanah gambut

Masyarakat, bomba perlu bersatu cegah kebakaran tanah gambut

Tembakan dilepaskan dalam majlis dihadiri Trump, isteri

Tembakan dilepaskan dalam majlis dihadiri Trump, isteri