Kastam Pahang rampas rokok, minuman keras lari cukai hampir RM600,000

KUANTAN – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pahang berjaya merampas rokok dan arak seludup bernilai RM579,134 dalam serbuan di Kemaman, Terengganu, awal bulan ini.

Serbuan di tiga lokasi berasingan itu dilakukan tiga pasukan operasi di kawasan perindustrian Teluk Kalong, yang terletak kira-kira 16 kilometer dari bandar Kemaman.

Turut ditahan empat pekerja premis terbabit yang berusia lingkungan 40-an.

Pengarah JKDM Pahang, Mohd Asri Seman berkata, serbuan pada 3 Julai itu dilakukan hasil maklumat awam dan risikan.

“Dalam serbuan pertama sekitar jam 11.30 pagi, pasukan penguat kuasa kita berjaya merampas rokok dan minuman keras pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM15,770.

“Rampasan itu membabitkan nilai cukai RM77,178.

“Kita juga berjaya menahan seorang pekerja premis ketika serbuan dilakukan,” katanya dalam satu sidang media di Wisma Kastam, dekat sini, hari ini.

Dalam serbuan kedua dan ketiga, juga di kawasan perindustrian Teluk Kalong, Kemaman, pasukan penguat kuasa berjaya merampas rokok dan minuman keras tidak bercukai bernilai RM101,821.

Kedua serbuan itu membawa kepada penahanan tiga lagi penjaga premis untuk tujuan siasatan lanjut.

“Jumlah pekerja premis yang kita tahan adalah empat orang, tiga daripadanya adalah lelaki manakala seorang lagi wanita.

“Tiga daripadanya penduduk tempatan dan seorang adalah pemegang kad pemastautin tetap,” jelas Mohd Asri lagi.

Dia memaklumkan kes itu disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 74(1)(c) Akta Eksais 1976.

Ditanya mengenai modus operandi premis terbabit, Mohd Asri berkata, semua rokok dan minuman keras itu dipercayai dibawa dari China menggunakan laluan laut.

“Kita sedang menyiasat sudah berapa lama premis yang diserbu itu beroperasi.

“Berdasarkan maklumat dan siasatan awal, rokok dan minuman keras itu dijual kepada pekerja warga asing yang bekerja di kawasan perindustrian berkenaan,” ujarnya.

Related Posts

Seleweng 38,000 liter diesel, lelaki didenda RM100,000

SIBU – Padah berurus niaga barang kawalan berjadual tanpa lesen melibatkan 38,000 liter minyak diesel, seorang lelaki warga tempatan didenda RM100,000 oleh Mahkamah Sesyen Sibu. Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Remaja maut motosikal terjatuh bawah bas persiaran

KUANTAN – Seorang remaja lelaki maut selepas terperosok ke bawah bas sejurus motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan di Jalan Genting Highlands, arah turun, pagi tadi. Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Seleweng 38,000 liter diesel, lelaki didenda RM100,000

Seleweng 38,000 liter diesel, lelaki didenda RM100,000

Remaja maut motosikal terjatuh bawah bas persiaran

Remaja maut motosikal terjatuh bawah bas persiaran

Perbelanjaan kementerian disemak, Belanjawan 2026 kekal seperti dirancang

Perbelanjaan kementerian disemak, Belanjawan 2026 kekal seperti dirancang

Zahid atur pertemuan dengan ADUN UMNO Negeri Sembilan

Zahid atur pertemuan dengan ADUN UMNO Negeri Sembilan

Tarikh baharu sidang DUN Perlis 3 hingga 5 Jun

Tarikh baharu sidang DUN Perlis 3 hingga 5 Jun

Isu internet di Melaka ditangani segera, 358 lokasi diaudit

Isu internet di Melaka ditangani segera, 358 lokasi diaudit