Isu internet di Melaka ditangani segera, 358 lokasi diaudit

MELAKA – Kerajaan negeri mengambil langkah proaktif dalam menangani isu capaian internet apabila setiap aduan rakyat diberi perhatian segera dengan fokus terhadap peningkatan kualiti perkhidmatan.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Melaka, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, pendekatan itu dilaksanakan secara berterusan susulan isu yang dibangkitkan dalam Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka 2026.

Menurut beliau, aduan di Kampung Seri Benteng antara yang menerima tindakan pantas melalui audit lapangan bagi menilai tahap sebenar kualiti rangkaian.

“Hasil dapatan mendapati kualiti rangkaian 4G di kawasan tersebut tidak memuaskan. Susulan itu, Notis Pematuhan telah dikeluarkan kepada pihak telco bagi memastikan kerja penambahbaikan dilaksanakan tanpa berlengah,” katanya.

Sehingga 31 Mac 2026, sebanyak 358 lokasi telah diaudit, manakala 20 Notis Pematuhan dikeluarkan terhadap syarikat telekomunikasi yang gagal memenuhi piawaian ditetapkan.

Tambah beliau, kerajaan negeri menggerakkan pelbagai pendekatan termasuk Hari Aduan Rakyat, program turun padang Exco bersama rakyat serta penggunaan saluran rasmi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan aplikasi MCMC Nexus bagi mempercepatkan tindakan susulan.

Dalam masa sama, audit berkala terus dilaksanakan dengan pemantauan lebih tegas bagi memastikan syarikat telekomunikasi mematuhi standard perkhidmatan ditetapkan.

Bagi jangka panjang, inisiatif JENDELA diperkasa meliputi pembinaan menara baharu, naik taraf stesen pemancar serta peluasan rangkaian gentian optik termasuk di kawasan luar bandar.

Usaha berterusan ini bagi memastikan rakyat Melaka menikmati capaian internet yang lebih stabil, pantas dan menyeluruh selaras dengan keperluan semasa.

Related Posts

Tarikh baharu sidang DUN Perlis 3 hingga 5 Jun

KANGAR – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis bagi Penggal Keempat dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 5 Jun 2026 selepas ditangguhkan baru-baru ini. Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Op Hawk tahan lebih 1,000 individu terbabit kes dadah

KUANTAN – Seramai 1,094 individu yang terbabit kes dadah di negeri ini ditahan dalam Op Hawk menerusi empat siri dalam tempoh Januari lalu hingga semalam. Ketua Polis Pahang, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarikh baharu sidang DUN Perlis 3 hingga 5 Jun

Tarikh baharu sidang DUN Perlis 3 hingga 5 Jun

Isu internet di Melaka ditangani segera, 358 lokasi diaudit

Isu internet di Melaka ditangani segera, 358 lokasi diaudit

Kerajaan Negeri Sembilan ada 3 Exco baru UMNO?

Kerajaan Negeri Sembilan ada 3 Exco baru UMNO?

Op Hawk tahan lebih 1,000 individu terbabit kes dadah

Op Hawk tahan lebih 1,000 individu terbabit kes dadah

Bawa suara global, Malaysia sedia terajui Protokol Sumud

Bawa suara global, Malaysia sedia terajui Protokol Sumud

Wanita PKR kesal tindakan 14 ADUN BN Negeri Sembilan tarik sokongan

Wanita PKR kesal tindakan 14 ADUN BN Negeri Sembilan tarik sokongan