Remaja maut motosikal terjatuh bawah bas persiaran

KUANTAN – Seorang remaja lelaki maut selepas terperosok ke bawah bas sejurus motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan di Jalan Genting Highlands, arah turun, pagi tadi.

Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, mangsa Mikail Brian Iskandar, 17, berjaya dikeluarkan dari bawah bas namun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, pemandu dan penumpang bas dilaporkan selamat.

“Pihak bomba menerima panggilan berhubung kemalangan itu jam 11.57 pagi sebelum sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands ke lokasi untuk bantuan.

“Komander operasi melaporkan berlaku kemalangan melibatkan sebuah bas dengan motosikal jenis Honda Wave.

“Akibat kemalangan itu, penunggang terperosok di bawah bas terbabit,” katanya, seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau berkata, operasi mengeluarkan mangsa segera dilakukan menggunakan peralatan menyelamat bagaimanapun remaja terbabit disahkan meninggal dunia oleh pihak kesihatan.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya.

Related Posts

Seleweng 38,000 liter diesel, lelaki didenda RM100,000

SIBU – Padah berurus niaga barang kawalan berjadual tanpa lesen melibatkan 38,000 liter minyak diesel, seorang lelaki warga tempatan didenda RM100,000 oleh Mahkamah Sesyen Sibu. Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tarikh baharu sidang DUN Perlis 3 hingga 5 Jun

KANGAR – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis bagi Penggal Keempat dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 5 Jun 2026 selepas ditangguhkan baru-baru ini. Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hutang negara, meluruskan naratif sesat

Hutang negara, meluruskan naratif sesat

Seleweng 38,000 liter diesel, lelaki didenda RM100,000

Seleweng 38,000 liter diesel, lelaki didenda RM100,000

Remaja maut motosikal terjatuh bawah bas persiaran

Remaja maut motosikal terjatuh bawah bas persiaran

Perbelanjaan kementerian disemak, Belanjawan 2026 kekal seperti dirancang

Perbelanjaan kementerian disemak, Belanjawan 2026 kekal seperti dirancang

Zahid atur pertemuan dengan ADUN UMNO Negeri Sembilan

Zahid atur pertemuan dengan ADUN UMNO Negeri Sembilan

Tarikh baharu sidang DUN Perlis 3 hingga 5 Jun

Tarikh baharu sidang DUN Perlis 3 hingga 5 Jun