Cabar Pas tanding PRK Nenggiri

PAS dicabar supaya meletakkan calon sendiri dan tidak memberikan peluang kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, jika Bersatu terus diberi laluan untuk bertanding pada PRK tersebut, dibimbangi akan berlaku peralihan sokongan seperti yang berlaku sebelum ini.

Menurutnya, Pas perlu menuntut ganti rugi susulan tindakan yang dibuat oleh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim.

“Kenapa beri kepada Bersatu? Mungkin calon Bersatu akan buat hal lagi macam Azizi.

“Pas wajar mendenda Bersatu kerana tindakan Azizi. Pas patut tuntut ganti rugi dengan minta kerusi Nenggiri, apatah lagi Azizi masih kekal sebagai Ahli Parlimen, Gua Musang yang menang atas tiket Pas,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Khamis.

Sebelum ini, Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan kekosongan kerusi DUN Nenggiri.

Susulan itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan diadakan pada 17 Ogos depan manakala tarikh penamaan calon ditetapkan pada 3 Ogos dan hari mengundi awal 13 Ogos.

Mengulas lanjut, menurut Mohd Puad, Nenggiri perlu menjadi medan kekuatan antara Pas dan UMNO.

“Sebelum ini semua PRK dimenangi oleh penyandang parti. Maka biar Nenggiri menjadi medan beradu kekuatan siapa rampas kerusi siapa antara Pas dengan UMNO,” katanya.

Related Posts

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

KUALA LUMPUR – Bank Dunia mendedahkan tindakan kerajaan mengurangkan kuota penggunaan petrol bersubsidi di bawah BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan adalah tepat dalam usaha mengurangkan beban fiskal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan siasatan kes ‘mafia korporat’ setakat ini tidak melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis