Kapitalis makin rakus ambil kesempatan, ramai pemandu e-hailing dan p-hailing alami tekanan mental

PUTRAJAYA – Kerajaan disarankan untuk mencari penyelesaian jangka panjang yang holistik dalam usaha memastikan isu kebajikan, tugasan dan kesihatan mental pemandu e-hailing serta p-hailing dapat diatasi dengan kadar segera.

Ketua Aktivis Gabungan E-Hailing Malaysia (GEM), Jose Rizal berkata, tekanan daripada platform yang sering mengubah syarat pembayaran atau komisen, selain berdepan pelanggan juga menjadi punca kepada ketidakpuasan dan tekanan tambahan pemandu e-hailing dan p-hailing ini.

Menurut beliau, tempoh kerja panjang untuk memperoleh pendapatan halal turut menyebabkan  pemandu e-hailing serta p-hailing sering keletihan, kurang tidur dan mengalami tekanan mental kerana sukar mencari masa berkualiti bersama keluarga serta berehat.

“Ini menyebabkan keletihan fizikal dan tekanan mental terhadap pemandu yang mungkin berisiko terbabit kemalangan jalan raya, selain tiada sokongan kesihatan memadai untuk menjaga kesejahteraan mereka.

“Mereka juga sukar mengambil cuti atau masa rehat, sebaliknya terus bekerja tanpa henti untuk memenuhi keperluan harian dan ini menjejaskan keseimbangan kehidupan kerja.

“Lebih membimbangkan, terdapat pihak kapitalis dengan rakus mengambil kesempatan di atas keadaan ini, mengaut keuntungan di atas kesempitan komuniti kita. Tidak cukup itu, lintah darat pula sentiasa mengintai peluang untuk menambah tekanan dan memperalatkan komuniti gig demi keuntungan mereka,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press, hari ini.

Mengulas lanjut, Jose berkata, ketika ini punca pendapatan tidak tetap yang bergantung kepada jumlah perjalanan dan penghantaran menjadikan pemandu e-hailing serta p-hailing terpaksa bekerja berjam-jam lamanya.

“Kos bahan api, penyelenggaraan kenderaan dan insurans juga menambah beban kewangan yang perlu ditanggung pemandu, sebahagian besar pendapatan mereka terpaksa disalurkan untuk menanggung kos ini.

“Justeru penyelesaian jangka panjang seperti perlindungan sosial yang lebih progresif, pengiktirafan dalam penarafan kerajaan terhadap pemandu dan skim faedah pekerjaan yang lebih fleksibel, progresif serta tidak statik antara langkah yang dapat membantu komuniti ini mencapai keseimbangan antara kerja dan kehidupan peribadi lebih baik dan harmoni,” katanya.

Dalam pada itu, Jose menegaskan, kerajaan perlu prihatin dengan kumpulan pekerja gig yang tiada jaminan pekerjaan tetap kerana masih belum diperuntukkan taraf dalam undang-undang negara ini.

“Perlindungan keselamatan sosial terhadap pemandu e-hailing dan p-hailing juga masih banyak ruang untuk diperbaiki dan ditambah baik seperti caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) atau insurans perubatan.

“Ramai daripada komuniti kami telah pun gugur mahupun terkorban demi mencari sesuap nasi untuk diri sendiri dan keluarga tercinta. Apakah hanya akan berpeluk tubuh dan membiarkan perkara ini berterusan. Tidakkah keadilan perlu ditegakkan untuk kami semua,” katanya.

Sebelum ini, GEM dilaporkan merayu kepada kerajaan agar memperhalusi kadar upah perkhidmatan e-hailing kerana ia didakwa tidak seiring dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.

GEM turut menegaskan tidak adil dan tidak bertanggungjawab sekiranya pihak berwajib hanya lepas tangan dan mengambil jalan mudah dengan ‘memangsakan’ pemandu perkhidmatan e-hailing ini.

Related Posts

Ringgit pulih selepas prestasi lemah Jumaat lalu

PUTRAJAYA – Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, disokong anggaran awal pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) lebih kukuh daripada jangkaan sebanyak 5.7 peratus pada suku…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Reformasi Ekonomi MADANI kukuhkan ringgit, keyakinan pelabur

PELAKSANAAN agenda reformasi menerusi kerangka Ekonomi MADANI yang menekankan disiplin fiskal berjaya meningkatkan keyakinan pelabur terhadap Malaysia, sekali gus menyumbang kepada pengukuhan nilai ringgit sepanjang tahun lalu. Ketua Setiausaha Perbendaharaan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pihak berkuasa Thailand kenal pasti 3 suspek bom stesen minyak

Pihak berkuasa Thailand kenal pasti 3 suspek bom stesen minyak

Isu pindah tapak kuil Dewi Sri Pathrakaliamman selesai

Isu pindah tapak kuil Dewi Sri Pathrakaliamman selesai

Cemas ular tedung hitam ceroboh kediaman, APM bertindak pantas

Cemas ular tedung hitam ceroboh kediaman, APM bertindak pantas

Pemandu van Siam dihadapkan ke mahkamah kes langgar gadis hingga maut

Pemandu van Siam dihadapkan ke mahkamah kes langgar gadis hingga maut

Sarawak cadang AirBorneo jadi penerbangan rasmi Sukan SEA 2027

Sarawak cadang AirBorneo jadi penerbangan rasmi Sukan SEA 2027

Pindaan undang-undang bukti komitmen reformasi Kerajaan MADANI – Ahli Parlimen Miri

Pindaan undang-undang bukti komitmen reformasi Kerajaan MADANI – Ahli Parlimen Miri