‎Cadangan ‘barter trade’ diteliti, fokus aspek keselamatan – Hajiji

SANDAKAN – Kerajaan negeri akan mengkaji cadangan menghidupkan semula perdagangan tukar barang atau barter trade antara negeri ini dan selatan Filipina.

‎Ketua Menteri, Hajiji Noor, mengakui pihaknya menerima banyak cadangan mengenai perkara itu, namun kajian terperinci perlu dibuat sebelum ia dilaksanakan.

‎”Pelbagai aspek perlu diambil kira, khususnya berkaitan keselamatan dan kebaikan aktiviti ini kepada peniaga serta ekonomi negeri.

‎“Kita akan kaji… banyak pihak memberikan cadangan mengenai perkara ini. Semua aspek akan diambil kira, khususnya keselamatan dan kebaikannya kepada ekonomi kita.

‎“Kita akan bincang perkara ini dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Majlis Tindakan Pembangunan Negeri,” ujarnya kepada media selepas lawatan kerja ke beberapa pulau yang menempatkan pos keselamatan negara di perairan Sandakan, di sini, pada Selasa.

Mengulas mengenai lawatan tersebut, Hajiji berkata, lawatan berkenaan bertujuan meninjau keadaan di pulau terbabit yang menempatkan penguat kuasa Taman-Taman Sabah (TTS) serta pasukan keselamatan polis atau tentera.

‎”Lawatan inj membolehkan saya dan ahli rombongan melihat sendiri keadaan pos keselamatan di pulau-pulau sekitar perairan Sandakan.

‎“Hasil tinjauan ini, saya lihat kesiapsiagaan pasukan keselamatan termasuk fasiliti di pos kawalan berada dalam keadaan baik dan telah ditambah baik.

‎“Saya telah membawa perkara ini kepada Perdana Menteri dan banyak aset telah diperuntukkan walaupun masih banyak lagi yang diperlukan.

‎“Ini amat penting untuk pasukan keselamatan mengawasi perairan kita, terutama aset canggih yang boleh memantau mereka yang mungkin mahu masuk ke negara kita,” ujarnya.

‎Hajiji turut menyatakan keyakinan terhadap tahap keselamatan perairan pantai timur Sabah dalam membantu meningkatkan aktiviti ekonomi di kawasan itu, khususnya pelancongan.

‎“Sudah lama tiada insiden dilaporkan berlaku di perairan kita, ini sudah tentu menggalakkan pelancongan di pantai timur Sabah.

‎”Apabila keadaan aman dan keselamatan terjamin, ramai pelancong akan datang dan sektor pelancongan berkembang.

‎“Pulau Sipadan antaranya menjadi tumpuan sebagai destinasi selaman terbaik dunia, jadi kita perlu menjaga keselamatan bagi memastikan tarikan pelancongan ini terus menjadi pilihan pengunjung,” katanya.

‎Lawatan berkenaan adalah sempena Program Tinjauan Keselamatan Ketua Menteri ke Eastern Sabah Safety Zone (ESSZONE) yang turut disertai Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun dan Komander Eastern Sabah Security Command, Datuk Victor Sanjos.

‎Turut serta ialah Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Jafry Arifin; Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan; Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Fairuz Renddan; Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ceasar Mandela Malakun; Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Samad Jamri; Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Sr. Safar Untong; Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Mohd Razali Wahab; serta ahli-ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

‎Pda sesi lawatan tersebut, Hajiji bersama rombongan memulakan lawatan ke Pulau Bakungan Kecil sebelum ke Pulau Selingan dan Pulau Langkayan.

Related Posts

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

MIRI – Tanjung Lobang Lighthouse berpotensi diperkasakan sebagai salah satu tapak warisan sejarah penting di bandar raya Miri susulan lawatan tapak yang diadakan baru-baru ini bagi meninjau usaha penambahbaikan kawasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

KUCHING – Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn menegaskan peranan penting Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) dalam memelihara warisan masyarakat Bidayuh, memperkukuh perpaduan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi