Isu gajah DAK dibawa ke perhatian PM, kebajikan haiwan jadi keutamaan

IPOH – Isu pemindahan tiga ekor gajah Dara, Amoi dan Kelat (DAK) dari Zoo Taiping dan Night Safari ke Zoo Tennoji kini mencapai tahap perbincangan tertinggi apabila dibawa terus kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu pertemuan rasmi di Putrajaya, pada Isnin.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching berkata, pertemuan itu memfokuskan perkembangan semasa melibatkan ketiga-tiga gajah berkenaan, dengan penekanan jelas terhadap aspek kebajikan dan kesejahteraan haiwan.

Menurutnya, selain faktor kebajikan, perbincangan turut mengambil kira kepentingan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Jepun, termasuk keperluan menghormati komitmen serta perjanjian yang telah dimeterai sebelum ini.

“Keprihatinan masyarakat terhadap isu ini amat dihargai, namun ia perlu dilihat secara menyeluruh berasaskan fakta dan perkembangan semasa, bukan semata-mata persepsi,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau menegaskan, setiap keputusan yang diambil perlu melalui pertimbangan teliti dengan pemantauan berterusan bagi memastikan tahap kesihatan dan kesejahteraan gajah sentiasa terjamin.

Isu DAK mula mencetuskan perhatian meluas apabila cadangan pemindahan ke Jepun diumumkan, sekali gus mengundang pelbagai reaksi daripada masyarakat serta kumpulan pencinta haiwan.

Kebimbangan utama tertumpu kepada kesesuaian habitat baharu, risiko tekanan akibat proses pemindahan serta jaminan penjagaan jangka panjang di lokasi baharu.

Dara, Amoi dan Kelat yang sekian lama menjadi antara tarikan utama di Zoo Taiping dan Night Safari menjadikan isu ini sensitif dan dekat di hati rakyat, khususnya dalam kalangan pencinta hidupan liar.

Sementara itu, sebelum ini Kerajaan Negeri Pahang turut menggesa agar ketiga-tiga gajah berkenaan dibawa pulang, sekali gus menambah dimensi baharu dalam perdebatan awam mengenai masa depan DAK.

Mengulas lanjut, Sandrea Ng berkata, sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh pihak berkuasa berkaitan.

Foto: FB Sandrea Ng Shy Ching & orang awam

Related Posts

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

KUALA LUMPUR – Kerajaan dijangka mengumumkan pelan kesinambungan bekalan minyak negara pada pertengahan bulan ini susulan ketidaktentuan bekalan global akibat konflik berlarutan di Asia Barat dan penutupan Selat Hormuz. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM imbau kenangan bersama SMK Banggi

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimbau kembali kenangan lawatan beliau ke Sekolah Menengah Kebangsaan Banggi ketika mengadakan kunjungan ke pulau berkenaan baru-baru ini. Menurut beliau, lawatan kali ini cukup…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi