Warga emas teruja pelajari ilmu produksi digital, bakal hasilkan video ‘Mengingati Ibu’

KUCHING – Usaha memperkasa kemahiran teknologi golongan veteran terus digiatkan menerusi Sesi Literasi Digital Warga Emas (Diwarmas) yang berlangsung dalam suasana penuh ceria dan bermakna pada Selasa.

Program yang memberi fokus kepada asas produksi digital itu nyata membawa kelainan apabila rata-rata warga emas yang hadir meluahkan rasa teruja kerana berjaya mempelajari kemahiran baharu yang tidak pernah terfikir untuk diceburi sebelum ini.

Menerusi sesi tersebut, para peserta didedahkan dengan empat elemen utama pembikinan video yang komprehensif, merangkumi penulisan skrip, pembinaan jalan cerita, teknik rakaman, serta proses suntingan.

Kesemua modul pembelajaran itu dibimbing secara langsung oleh penceramah dan penggiat seni, Jalot Jeman, yang sudi berkongsi ilmu serta pengalaman menerusi pendekatan yang santai, mudah difahami dan menyeronokkan.

Yang membanggakan, inisiatif ini bukan sahaja memberi peluang peserta menimba ilmu, malah berjaya membina keyakinan diri mereka untuk bergelar pencipta kandungan dan menghasilkan karya seni visual sendiri.

Menurut perancangan, sesi pembelajaran berkenaan akan diteruskan pada Rabu dan Khamis ini dengan memfokuskan kepada aktiviti praktikal iaitu rakaman lakonan serta proses suntingan.

Kemuncak kepada program ini adalah penghasilan sebuah naskhah kenangan istimewa bertajuk ‘Mengingati Ibu’.

Penghasilan video ini disifatkan sebagai usaha kecil namun sarat dengan mesej bermakna, sekaligus menjadi tanda kasih dan penghargaan buat insan yang paling berjasa.

Semangat luar biasa serta kesungguhan yang ditunjukkan oleh para peserta sepanjang program ini ternyata memberi inspirasi besar kepada masyarakat, membuktikan bahawa faktor usia bukanlah penghalang untuk seseorang itu kekal aktif dan celik IT.

Related Posts

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

MIRI – Tanjung Lobang Lighthouse berpotensi diperkasakan sebagai salah satu tapak warisan sejarah penting di bandar raya Miri susulan lawatan tapak yang diadakan baru-baru ini bagi meninjau usaha penambahbaikan kawasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

KUCHING – Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn menegaskan peranan penting Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) dalam memelihara warisan masyarakat Bidayuh, memperkukuh perpaduan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi