Khazanah akan terus melabur untuk syarikat pemula

KHAZANAH Nasional Berhad (Khazanah) akan terus melabur dalam syarikat pemula berikutan kontroversi pelaburan FashionValet (FV).

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, Khazanah telah merombak proses membuat keputusan dan pemilihan sejak ia dilaburkan dalam FV tujuh tahun lalu.

“Isu FV tidak akan jejaskan Khazanah untuk melabur dalam syarikat pemula. Visi itu masih kekal dalam mandat Khazanah.

“Khazanah akan terus berusaha untuk menyokong syarikat pemula dan modal teroka sambil meningkatkan mekanisme kawalan (bagi menangani risiko kerugian dalam pelaburan),” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata, Khazanah mempunyai dana khusus untuk melabur dalam syarikat pemula bagi meningkatkan daya saing dan daya tahan negara.

Amir berkata, modal teroka adalah penting dalam menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia dengan mewujudkan pekerjaan dan peluang perniagaan baharu.

Beliau memetik pelaburan Khazanah dalam perniagaan tenusu tempatan, Farm Fresh Berhad, sebagai sebahagian daripada pelaburan modal teroka.

“Syarikat itu telah memberikan pulangan melebihi 13 kali pelaburan awal Khazanah, melebihi nilai RM800 juta, katanya.”

Amir menjawab soalan Syerleena Abdul Rashid (PH-Bukit Bendera) yang bertanya sama ada Khazanah akan terus melabur dalam syarikat pemula selepas isu FV.

Mengenai FV, Amir berkata, pelaburan Khazanah dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam syarikat itu tertakluk kepada penilaian terperinci dan usaha wajar.

Beliau berkata, FV mencatatkan pulangan tunai positif selama beberapa tahun selepas menerima pelaburan daripada Khazanah dan PNB tetapi terjejas oleh Covid-19, isu pembiayaan dan perubahan trend e-dagang.

“Isu-isu ini mewujudkan kekangan aliran tunai untuk FV, yang mencari pembiayaan baharu, tetapi pemegang saham sedia ada, termasuk Khazanah dan PNB, tidak memilih untuk mengambil risiko tambahan.

“Iklim pengumpulan dana yang sukar juga bermakna usaha FV untuk mendapatkan pelabur baharu tidak berjaya,” katanya.

Beliau berkata, walaupun Khazanah dan PNB adalah pelabur minoriti, mereka memainkan peranan aktif dalam membantu FV walaupun cabaran yang dihadapi syarikat itu terlalu besar.

Sebelum ini dilaporkan Khazanah dan PNB kerugian RM43.9 juta daripada penjualan pelaburan minoriti mereka dalam FV.

Related Posts

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

KUCHING – Sebanyak 10 tapak Bazar Ramadan akan beroperasi dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Padawan (MPP) bagi tahun 2026, melibatkan penyertaan penganjur daripada pihak komuniti dan sektor swasta. Pengerusi MPP,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

PAGI itu, seorang ibu berdiri di hadapan pintu sekolah rendah dengan tangan anaknya digenggam erat. Anak itu baru berusia 6 tahun. Wajahnya tidak gentar. Beg galasnya kemas, matanya bercahaya, dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi