‘Kami tidak langgar perlembagaan parti’

KUALA LUMPUR – Enam bekas Ahli Parlimen Bersatu yang menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa tindakan yang mereka ambil bagi menyokong Kerajaan Madani tidak melanggar perlembagaan parti.

Susulan daripada itu, Suhaili Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Labuan yakin kerusi yang disandang mereka tidak akan dikosongkan.

Suhaili (tengah)

Jelasnya, mereka tidak pernah keluar parti ataupun melompat parti, sebaliknya keahlian mereka dipecat oleh Bersatu dan nama digugurkan daripada sistem parti itu.

“Kami berpendapat tidak akan berlaku kekosongan kerusi di kawasan Parlimen kami disebabkan kami tidak pernah meninggalkan parti Bersatu.

“Kami tidak berhenti menjadi ahli kepada parti Bersatu, tetapi apa yang berlaku ialah kami dipecat daripada parti dan nama kami dibuang daripada sistem keahlian Bersatu.

“Dengan ini jelas membuktikan tiada ada unsur kami berenam meninggalkan parti atau melompat ke parti lain yang mana boleh meletakkan kami di perkara 49 A (3) Perlembagaan Persekutuan,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Turut serta sidang media itu, Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid; Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim; Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik dan Ahli Parlimen Tanjung Karang, Zulkafperi Hanapi.

Bersatu sebelum ini mengemukakan notis kepada speaker memohon supaya enam kerusi Parlimen dipegang oleh wakil rakyatnya dikosongkan.

Sebelum ini, Naib Presiden Bersatu, Ronald Kiandee, berkata, keahlian parti enam ahli Parlimen yang menyokong Anwar itu telah terhenti secara serta-merta.

“Justeru, sebagaimana Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan perenggan 3, Speaker Dewan Rakyat perlu memastikan berlakunya kekosongan luar jangka dalam masa 21 hari selepas notis diterima,” kata Ronald.

Sementara itu, Suhaili berkata, tindakan mereka menyokong kerajaan demi rakyat di kawasan masing-masing.

Beliau juga menyalahkan pucuk pimpinan Bersatu yang didakwanya enggan akur kepada titah Yang di-Pertuan Agong supaya membentuk Kerajaan Perpaduan.

“Kami juga ingin menyatakan kami sokongan Kerajaan Madani adalah demi kepentingan rakyat di kawasan Parlimen kami masing-masing yang memerlukan pelbagai bentuk bantuan kebajikan.

“Apa yang menyebabkan kami Jadi pembangkang… bukan kami, kami bertanding menang nak jadi kerajaan, Yang di-Pertuan Agong sarankan supaya Bersatu menjadi (sebahagian) kerajaan. Tapi dua pucuk pimpinan parti yang buat keputusan untuk jadi blok pembangkang tanpa berbincang dengan kami,” katanya lagi.

Related Posts

PRU16: Samasuddin dicadang calon UMNO bagi kerusi Kalabakan

TAWAU – Ketua UMNO Bahagian Kalabakan, Samasuddin Yusop dicadang sebagai calon bagi kerusi Parlimen Kalabakan pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Timbalan Ketua UMNO Kalabakan, Aslan Fadli Samsul…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Akta Sewa Beli dipinda, kaedah faedah lama dimansuhkan mulai 1 Jun

KOTA KINABALU – Pindaan kepada Akta Sewa Beli 1967 akan mula dikuatkuasakan pada 1 Jun ini bagi memastikan transaksi sewa beli di negara ini lebih telus dan adil kepada pengguna,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU16: Samasuddin dicadang calon UMNO bagi kerusi Kalabakan

PRU16: Samasuddin dicadang calon UMNO bagi kerusi Kalabakan

Titian besi RM150,000 beri kelegaan buat penduduk Rumah Kulih

Titian besi RM150,000 beri kelegaan buat penduduk Rumah Kulih

Akta Sewa Beli dipinda, kaedah faedah lama dimansuhkan mulai 1 Jun

Akta Sewa Beli dipinda, kaedah faedah lama dimansuhkan mulai 1 Jun

Malaysia bangkit, Terengganu masih terperangkap

Malaysia bangkit, Terengganu masih terperangkap

Cuti raya tambahan disambut gembira: Rakyat mahu pulang kampung, rehat dan eratkan silaturahim

Cuti raya tambahan disambut gembira: Rakyat mahu pulang kampung, rehat dan eratkan silaturahim

Sabah alu-alukan inisiatif Kerajaan Persekutuan bantu rakyat

Sabah alu-alukan inisiatif Kerajaan Persekutuan bantu rakyat