GIP sedia lepas pegangan saham MAHB – Amir Hamzah

GLOBAL Infrastructure Partners (GIP) menyatakan kesediaan untuk menjadi pemegang saham minoriti Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) selain bersedia melepaskan pegangan dalam tempoh yang singkat, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Beliau berkata, pemilihan GIP daripada beratus syarikat yang dinilai juga berasaskan kriteria ketat termasuk kesediaan menerima warganegara Malaysia sebagai Pengerusi dan Pengarah Urusan MAHB.

“Pendirian kita tegas dalam mempertahankan kepentingan pegangan dalam aset strategik negara. Dalam hal ini, hanya GIP dilihat menepati syarat ditetapkan iaitu sedia untuk melabur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penerangan kamar khas pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Tambahnya, Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga telah melaksanakan proses yang terperinci dan komprehensif dalam memilih rakan kongsi teknikal yang seiring dengan matlamat untuk mengubah dan meningkatkan kecekapan lapangan terbang negara.

Justeru, beliau yakin kepakaran, kejayaan dan pengalaman GIP dalam mengoptimumkan tahap kecekapan di lapangan terbang adalah yang diperlukan bagi meningkatkan daya saing serta kecekapan lapangan terbang negara.

Amir Hamzah berkata, contohnya, GIP berjaya meningkatkan jumlah laluan penerbangan di Lapangan Terbang Edinburgh daripada 141 kepada 225 manakala bilangan penumpang juga meningkat daripada 9.2 juta pada 2012 kepada 14.4 juta pada 2023.

GIP juga menggantikan aerotrain penumpang di Lapangan Terbang Gatwick hanya dalam tempoh 10 bulan, katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga mengambil kira keperluan mendesak untuk melaksanakan pembaharuan di MAHB menerusi Konsortium yang diwujudkan dengan diterajui oleh Khazanah dan KWSP melibatkan langkah pengambilalihan pegangan majoriti 70 peratus dalam MAHB dan baki 30 peratus pula oleh GIP dan Abu Dhabi Investment Authority.

“Dengan tertubuhnya Konsortium ini, pembaharuan kepada lapangan terbang negara dapat dilaksanakan dengan kadar yang segera.

“Keperluan pelaburan MAHB yang dianggarkan berjumlah RM10 bilion untuk tempoh lima tahun dapat disegerakan dengan mengambil kira kedudukan kewangan kukuh ahli konsortium,” katanya.

Beliau berkata, MAHB hanya membelanjakan sekitar RM1.4 bilion untuk 39 lapangan terbang dalam tempoh lima tahun lepas berbanding RM6.6 bilion oleh Thailand dan Singapura melabur RM12 bilion.

“Maka, masanya sudah tiba. Kalau kita tidak melakukan sebarang perubahan sekarang, Malaysia akan semakin ketinggalan di rantau ini,” katanya.

Related Posts

Malaysia teraju integrasi grid serantau

PUTRAJAYA – Malaysia akan menerajui fasa pertama pelan integrasi grid tenaga serantau yang bercita-cita tinggi, bermula dengan ketersambungan berdaya maju dari segi ekonomi antara Vietnam, Malaysia dan Singapura, kata Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Teknologi digital perkasa ilmu, pacu kemajuan masyarakat luar bandar

Teknologi digital perkasa ilmu, pacu kemajuan masyarakat luar bandar

Letak kenderaan di bahu jalan cetus kesesakan, polis ambil tindakan tegas

Letak kenderaan di bahu jalan cetus kesesakan, polis ambil tindakan tegas

Resipi PRN Sabah: Langkah strategik kestabilan nasional

Resipi PRN Sabah: Langkah strategik kestabilan nasional

Penduduk Kg Tinusa lega buaya 16kg ditangkap APM Sandakan

Penduduk Kg Tinusa lega buaya 16kg ditangkap APM Sandakan

Kos tukar paip lama Taman Tas cecah RM6 juta

Kos tukar paip lama Taman Tas cecah RM6 juta

Malaysia teraju integrasi grid serantau

Malaysia teraju integrasi grid serantau