Jangan jadi ‘hooligans’, tapi mantapkan hujah perbahasan

INSIDEN Ahli Parlimen Pendang Datuk Awang Hashim mengajak bertumbuk dalam Dewan Rakyat baru-baru ini sangat memalukan dan tidak wajar dijadikan contoh kepada rakyat.

Malah aksi mahu jadi ‘gengster’ Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) itu tidak wajar ditonjolkan apatah lagi kepada generasi muda yang melihat wakil rakyat sebagai cerminan kepimpinan negara.

Parlimen bukan gelanggang gusti atau medan samseng menunjukkan siapa lebih berani menjerit atau mencabar fizikal. Parlimen adalah institusi tertinggi demokrasi di mana suara rakyat disalurkan secara matang dan bertanggungjawab melalui hujah, fakta dan perbahasan yang beradab.

Tindakan emosional seperti itu hanya membuktikan kelemahan diri dalam berhujah. Bila fakta tidak cukup, suara dikuatkan. Bila idea habis, penumbuk dijulang. Ini bukan budaya Malaysia MADANI yang kita impikan.

Insiden terbaharu Awang Hashim ini sekali lagi mencetuskan kebimbangan mengenai tahap disiplin dan etika beliau dalam institusi legislatif tertinggi negara.

Berikut adalah kronologi insiden disiplin yang melibatkan beliau:

  • Mac 2023: Diarah keluar Dewan Rakyat selama dua hari kerana berulang kali mengganggu sesi penggulungan Menteri Ekonomi.
  • April 2023: Diarah keluar Dewan Rakyat selepas mendakwa seorang menteri berbohong mengenai isu tanah rizab Melayu.
  • Februari 2024: Digantung selama empat hari kerana mengganggu perjalanan dewan, namun penggantungan dibatalkan selepas beliau memohon maaf.
  • Julai 2024: Digantung selama tiga hari selepas enggan menarik balik tuduhan ‘anti-Islam’ terhadap Ahli Parlimen Jelutong.
  • Disember 2024: Digantung selama 10 hari kerana mengeluarkan kenyataan negatif terhadap Speaker Dewan Rakyat menerusi aplikasi TikTok dan enggan memohon maaf.

Siri insiden ini mencerminkan keperluan mendesak untuk memperkukuh etika dan disiplin dalam kalangan wakil rakyat. Parlimen sepatutnya menjadi medan perbahasan yang matang dan beradab, bukan tempat untuk pertelingkahan fizikal atau kenyataan yang tidak wajar.

Sebagai pemimpin yang diberi mandat rakyat, kewibawaan seseorang wakil rakyat terletak pada kekuatan hujah, bukan kekuatan otot. Kalau betul yakin dengan kebenaran, buktikan melalui debat yang tersusun, bukan dengan ajakan ke jalan belakang dewan.

Ahli Parlimen harus menunjukkan contoh teladan yang baik, menghormati institusi dan menjalankan tanggungjawab dengan penuh integriti. Tindakan seperti mengajak bertumbuk bukan sahaja mencemarkan imej individu, tetapi juga merosakkan reputasi Parlimen secara keseluruhan.

Diharapkan insiden-insiden seperti ini menjadi pengajaran kepada semua pihak untuk mengekalkan profesionalisme dan menghormati institusi Parlimen demi kesejahteraan negara.

Rakyat kini semakin bijak menilai. Mereka tidak mahu wakil yang pandai mencetuskan drama, tetapi gagal mencetuskan solusi. Maka pesan kita kepada semua wakil rakyat, jangan jadi ‘hooligans’, tapi mantapkan hujah perbahasan.

Related Posts

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

MUTAKHIR ini, muncul naratif yang cuba menggambarkan seolah-olah masalah ekonomi negara berpunca semata-mata daripada kegagalan moral pemimpin, malah dilabel dengan istilah keras seperti ‘bebal’ dan ‘zalim’. Naratif sebegini bukan sahaja…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perpaduan umat: Antara realiti dan retorik politik

KENYATAAN terbaharu oleh Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mengangkat tema ‘Perpaduan Umat Menghadapi Musuh Yang Nyata’ kelihatan penuh semangat dan sarat dengan dalil agama. Namun, di sebalik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi