Pas janji syurga, guru PASTI hidup dalam realiti pahit

ISU kebajikan guru-guru PASTI kembali menjadi bualan hangat di media sosial apabila tersebar pendedahan realiti pendapatan mereka.

Menurut laporan, elaun yang diterima hanyalah sekitar RM600 hingga RM800 sebulan — jauh di bawah paras kemiskinan.

Lebih mengejutkan, guru-guru ini didakwa tidak menerima sebarang caruman KWSP mahupun Perkeso, sekali gus menafikan hak asas seorang pekerja. Semua ini dibungkus dengan alasan klise — ‘berkhidmat dengan ikhlas’ — yang seolah-olah digunakan untuk menghalalkan eksploitasi.

Guru PASTI bekerja dalam senyap, ditekan jangan bersuara dan terpaksa hidup di bawah paras kemiskinan. Mereka dianiaya atas alasan ‘ikhlas’ juga dinafikan hak pekerja yang sah.

Guru PASTI juga ditekan supaya tidak bersuara. Ironinya, Pas yang sering melaungkan perjuangan Islam dan keadilan sosial dilihat membiarkan ‘kezaliman’ ini terus berlaku di depan mata.

Dalam Islam, tanggungjawab menjaga kebajikan pekerja adalah tuntutan jelas, tetapi Pas seolah-olah memejamkan mata apabila ia melibatkan institusi di bawah kawalan mereka sendiri.

Keadaan ini tidak jauh beza dengan bentuk buli dan perhambaan moden — pekerja diperah tenaganya, tetapi dibayar sekadar cukup untuk bertahan hidup. Dalam bahasa mudah, ini bukan pengorbanan, tetapi penindasan.

Pas mungkin cuba menggambarkan guru-guru ini sebagai pejuang agama yang sanggup berkorban, tetapi realitinya, mereka adalah insan biasa yang mempunyai keluarga untuk disara, bil untuk dibayar, dan masa depan untuk dibina.

Jadi di manakah tanggungjawab pemimpin Pas?

Jika Pas benar-benar memegang prinsip keadilan, mereka harus memastikan setiap guru PASTI menerima elaun yang setimpal, disertakan perlindungan sosial seperti KWSP dan Perkeso. Bukannya menutup kelemahan dengan slogan ‘ikhlas’ dan retorik manis.

Soalnya, sampai bila Pas mahu berdiam diri? Atau mungkin mereka lebih selesa membiarkan guru-guru ini terus hidup dalam kesempitan, asalkan imej politik mereka tidak tercalar?

Dalam perjuangan sebenar, keadilan bukan sekadar dilaungkan di pentas ceramah — ia mesti dibuktikan dengan tindakan. Dan dalam isu ini, Pas ternyata gagal membuktikan mereka peduli.

“Berat nanang gining tobak pung, buat orang jadi kuli batok pastu tok beri hak hok keje tu dengan alasan perjuangan Islang, suka suka sek Pas je jual ugama peseng gining.”

Related Posts

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

DALAM suasana politik negara yang semakin mencabar, rakyat hari ini semakin matang menilai antara perjuangan sebenar demi kestabilan negara dengan retorik politik yang hanya menanam kebencian dan perpecahan sesama umat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Fahmi difitnah, jumpa Sultan Selangor isu akaun palsu bukan ladang babi

PERTEMUAN Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Jumaat lalu seharusnya dilihat dalam kerangka tugas rasmi, bukannya dijadikan bahan spekulasi yang mengelirukan masyarakat awam.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Tular video tangkapan: Suspek disiasat kes halang penjawat awam bertugas

Tular video tangkapan: Suspek disiasat kes halang penjawat awam bertugas