Jakel hanya akan bina masjid setelah urusan pemindahan kuil selesai

KUALA LUMPUR – Pengurusan syarikat pembekal tekstil Jakel Trading Sdn Bhd (Jakel) tidak akan membina masjid selagi proses pemindahan Kuil Dewi Sri Pathra Kaliamman yang terletak di atas tanah milik syarikatnya, belum selesai sepenuhnya.

Ketua Bahagian Undang-Undang Komunikasi Korporat Jakel, Aiman Dazuki berkata, terma ‘perobohan’ kuil tersebut adalah tidak tepat dan isu tentang merobohkan kuil itu tidak pernah dibangkitkan sebelum ini di mana apa yang berlaku hanyalah perbincangan harmoni antara kedua-dua pihak tentang pemindahan ke satu lokasi baharu.

Menurutnya, bagaimanapun mengenai majlis pecah tanah yang akan diadakan pada 27 Mac ini pula, ia bersempena mengambil keberkatan di bulan Ramadan malah sebarang kerja-kerja pembinaan seterusnya tidak akan dilakukan sehingga proses pemindahan selesai dilakukan.

Bagaimanapun katanya, majlis pecah tanah itu akan dilakukan di kawasan sebelah kuil terbabit bagi menghormati rumah ibadat kaum Hindu itu malah pihak kuil juga dijemput hadir pada majlis tersebut.

“Tanah di Lot 328 itu adalah tanah milik sepenuhnya Jakel Textiles Sdn Bhd, perbincangan berkenaan dengan pembelian tanah itu telah bermula sejak tahun 2009 lagi susulan dari hasrat Allahyarham pengasas Jakel, Muhammad Jakel bin Ahmad, yang mahu mewakafkan tanah tersebut untuk pembinaan masjid bagi menampung keperluan komuniti di sana.

“Hasrat ini juga adalah sebagai satu simbolik kepada usaha dan sumbangan kakitangan Jakel seramai 6,000 orang. Kemudian pada tahun 2012, surat tawaran telah ditandatangani dan Jakel adalah pemilik sah pada masa ini bagi Lot 328 yang seluas 1,128 meter persegi.

“Apabila Jakel membeli tanah ini daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur, pelbagai perbincangan telah dilakukan antara pihak Jakel dan juga pihak rumah ibadat Kuil Sri Dewi Phatra  Kaliamman yang berlangsung secara harmoni selama ini,” katanya di sini hari.

Turut sama hadir Ketua Pegawai Kewangan Jakel, Datuk Syed Nashrul Fahmi Syed Mahmud.

Aiman (kiri) dan Syed Nashrul Fahmi

Mengulas lanjut, kedua pihak telah mengadakan perbincangan selama lebih kurang 10 tahun dan pada 2017, pihak Jakel juga telah bersetuju dengan memberikan sedikit bantuan bagi menampung kos pemindahan kuil dan sebagainya.

“Untuk tanah tu sebagai rekod, pada tahun 2019 Jakel dah buat permohonan untuk mendapatkan arahan pembangunan bagi pembinaan masjid dan ia berjaya didapatkan pada 2020 dan masjid yang akan dibina adalah setinggi tiga tingkat dengan satu sub-basement.

“Manakala pada 2021, Jakel telah mendapat keputusan pelan bangunan (building plan), jadi ia menunjukkan bahawa Jakel membuat cadangan pembinaan masjid mengikut lunas undang-undang yang bermula daripada mendapatkan pengesahan dan keterlibatan pihak berwajib, pihak berkuasa untuk sama-sama dalam isu itu.

“Malah selepas 2020, 2021 dan sampai sekarang, 2025, Jakel masih belum mendirikan apa-apa bangunan di sana, bagi menghormati pihak kuil, dan menunggu sementara proses pemindahan kuil ini dapat diselesaikan terlebih dahulu,” katanya.

Tambahnya, rancangan pemindahan tapak kuil itu telah berlaku sekian lama malah ada beberapa tapak yang telah dicadangkan, namun pihak kuil masih belum menemui tapak yang sesuai untuk dialihkan.

“Kita pun faham sensitiviti isu ini dan faham Malaysia adalah negara yang pelbagai kaum, pelbagai agama, jadi sejak daripada dahulu sampai sekarang, peringkatnya masih lagi dalam perbincangan.

“Pihak kerajaan melalui DBKL, bersedia untuk mencari tempat untuk memindahkan kuil dan sekarang ini saya dimaklumkan, masih lagi dalam perbincangan. Jakel sudah meminta pihak kuil untuk berpindah, kita pun kena dapatkan persetujuan pihak kuil.

“Kita pun tak boleh main suruh dia suka-suka untuk untuk buat itu atau ini, Jakel hormati proses undang-undang. Kita hormat proses undang-undang, kita hormat sensitiviti pelbagai kaum,” ujarnya.

Related Posts

Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

KOTA KINABALU – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) meraih kejayaan besar apabila memperoleh peruntukan bernilai RM1.5 juta daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui satu memorandum bagi memperkasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

KUALA LUMPUR – Cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor ditangguhkan perlu dinilai secara realistik khususnya jika alasan penangguhan itu dikaitkan dengan faktor geopolitik semasa. Setiausaha Agung PKR,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

  • By Ynom
  • April 22, 2026
Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara