Isu slaid JAIM: Tindakan tegas wajar kepada penjawat awam berniat sabotaj

TINDAKAN tegas Kerajaan Negeri Melaka terhadap penjawat awam yang berniat untuk melakukan sabotaj dengan membawa mesej pembangkang dalam agenda Kerajaan Perpaduan Melaka adalah wajar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil, Adly Zahari berkata, seorang penjawat awam sepatutnya menyokong prinsip ‘Government of the day’, selagi masih berkhidmat di dalam perkhidmatan awam.

“Tindakan tegas perlu diambil jika mereka terbukti utamakan agenda politik berbanding agenda kerajaan dan kepentingan negara.

“Jika terbukti sabotaj kepada dasar dan halatuju negeri telah berlaku, tindakan tegas yang telah diambil Kerajaan Negeri Melaka adalah wajar.

Menurutnya, tidak wajar bagi penjawat awam untuk melakukan sabotaj dengan membawa mesej pembangkang dalam agenda Kerajaan Perpaduan Melaka.

“Sebagai penjawat awam, dasar dan suara kerajaan memerintah adalah keutamaan untuk dilaksanakan.

“Negara kita mengamalkan demokrasi, siapa sahaja boleh menyokong mana-mana individu, namun di perkhidmatan awam ada peraturan dan batasnya,” katanya.

Tambahnya, kerajaan boleh sahaja mengambil apa sahaja pandangan untuk kebaikan bersama, tetapi pandangan pimpinan pembangkang sentiasa menjadi alat kebencian sesama ummah dan tidak wajar dijadikan teladan perpaduan di Malaysia.

Terdahulu, empat pegawai termasuk seorang Ketua Penolong Pengarah di Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) sudah dikenakan tindakan tatatertib susulan kecuaian memasukkan gambar pemimpin politik dalam paparan video khutbah Jumaat di negeri itu, minggu lalu.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Datuk Rahmad Mariman berkata, tindakan termasuk memecat dan menukar jawatan itu diambil berikutan kecuaian hingga menimbulkan keresahan serta rungutan awam dan boleh menjejaskan keharmonian masyarakat Islam di negeri terbabit.

Dalam masa sama, katanya, JAIM memberi jaminan kesilapan seumpama itu tidak akan berulang, malah menganggap isu berkenaan sudah selesai.

“JAIM secara tuntas sudah menjalankan siasatan dan didapati kejadian (paparan gambar seorang pemimpin pembangkang) memang benar berlaku dan mereka yang terbabit sudah mengaku meletakkan gambar pemimpin berkenaan.

“Justeru, JAIM memohon maaf atas kesilapan beberapa pegawai yang menyiapkan paparan serta info grafik berkenaan dan tindakan tatatertib sudah diambil ke atas mereka termasuk memberhentikan dan menukar perjawatan mereka ke jabatan serta daerah lain.

“Ia satu kesilapan besar dan tindakan ke atas mereka adalah wajar. Saya harap tidak berlaku lagi selepas ini,” katanya selepas menghadiri perasmian Sekolah Rendah Agama (SRA) JAIM Al- Al-Qusyairi Kampung Tersusun Bukit Larang, Telok Mas.

Related Posts

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

KOTA KINABALU – Rangkaian restoran kopitiam tempatan, DOJO Nanyang Kopi House tampil memberikan penjelasan rasmi berhubung status halal operasi syarikat itu susulan perhatian awam di media sosial yang melibatkan pembekal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

KUCHING – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon menyatakan sokongan terhadap Usul Penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu