Penunggang motor warga asing maut bertembung kereta di Jalan Datuk Bandar Mustapha

KUCHING – Satu kemalangan maut berlaku pada malam 23 September 2024 sekitar 9:30 malam di Jalan Datuk Bandar Mustapha, Kuching.

Kemalangan tersebut melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi dan sebuah motosikal.

Menurut kenyataan Ketua Polis Daerah Kuching P/ACP Mohd Farhan Lee Abdullah, kereta tersebut sedang membelok ke simpang kanan apabila dilanggar oleh motosikal yang datang dari arah bertentangan.

“Mangsa kemalangan, seorang lelaki warga asing berumur 43 tahun, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Mangsa disahkan meninggal dunia pada 11:35 malam di wad kecemasan, Hospital Umum Sarawak.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang melibatkan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian.

Sekiranya disabitkan kesalahan, pemandu kereta boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda sebanyak RM50,000.

Pihak polis menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kemalangan ini untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Charlie Aloysius, di talian 014-8682068 atau mana-mana balai polis berhampiran.

  • Related Posts

    DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

    KOTA KINABALU – Rangkaian restoran kopitiam tempatan, DOJO Nanyang Kopi House tampil memberikan penjelasan rasmi berhubung status halal operasi syarikat itu susulan perhatian awam di media sosial yang melibatkan pembekal…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

    KUCHING – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon menyatakan sokongan terhadap Usul Penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, pada…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

    DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

    Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

    Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

    Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

    Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

    Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

    Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

    HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

    HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

    Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

    Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu