Tahanan Penjara Alor Setar lulus viva sarjana UUM

ALOR SETAR – Keinginan bagi melanjutkan pengajian di peringkat sarjana tidak pernah luntur walaupun berstatus tahanan di Penjara Alor Setar.

Berbekalkan keazaman yang tinggi, seorang tahanan penjara berjaya mempertahankan tesisnya dalam sesi viva yang telah dijalankan pada 18 September lalu.

Pelajar Sarjana Pengurusan di bawah Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM) Universiti Utara Malaysia (UUM) itu membuktikan tidak ada yang mustahil untuk dicapai oleh tahanan sepertinya, asalkan mempunyai iltizam untuk berjaya.

“Penjara banyak mengajar erti kehidupan dengan memberi peluang untuk saya menimba pelbagai ilmu dan bangkit untuk terus maju ke hadapan,

“Saya berterima kasih kepada Jabatan Penjara Malaysia kerana memberi peluang untuk saya kembali belajar, begitu juga UUM, khususnya penyelia saya, Prof. Madya Dr. Zulkiflee Daud dan Dr. Mazli Mutazam yang sentiasa sokongan untuk saya terus belajar walapun berada dalam penjara,” katanya.

Sesi viva tersebut telah dipengerusikan oleh Prof. Dr. Hasnizam Shaari, manakala pemeriksa tesis terdiri daripada Prof. Madya Dr. Hamran Mohamad (UPNM) dan Prof. Madya Dr. Abdul Sukor Shamsudin (UUM).

Sesi ini turut dihadiri oleh Dr, Nasirudin Haron sebagai Setiusaha dan Abdul Hafiz Abdul Halim sebagai Urusetia daripada SBM.

Pada Februari lalu, tahanan penjara itu berjaya mempertahankan tesis sarjananya di Penjara Alor Setar.

Jabatan Penjara Malaysia sememangnya membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat dan berkelayakan untuk mengikuti pengajian yang lebih tinggi supaya penghuni berkenaan dapat mencorak masa depan lebih cerah apabila dibebaskan kelak.

Related Posts

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

KOTA KINABALU – Rangkaian restoran kopitiam tempatan, DOJO Nanyang Kopi House tampil memberikan penjelasan rasmi berhubung status halal operasi syarikat itu susulan perhatian awam di media sosial yang melibatkan pembekal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

KUCHING – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon menyatakan sokongan terhadap Usul Penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu