Isu 3R: Pemimpin pembangkang paling ramai terlibat jika undang-undang dikuat kuasa

POKOK SENA – Pemimpin pembangkang akan menjadi kumpulan yang paling ramai terlibat sekiranya pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap individu yang mencetuskan ketegangan dalam masyarakat.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengingatkan agar pemimpin politik tidak lagi menjadikan isu berkaitan kaum, agama dan institusi diraja (3R) sebagai modal politik kerana ia boleh menimbulkan ketidakstabilan dalam negara.

“Saya boleh sahkan bahawa jika tindakan diambil berdasarkan undang-undang sedia ada, ramai dalam kalangan rakan-rakan Yang Berhormat Takiyuddin (Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan) terkesan.

“Jika saya atau pihak polis ingin menguatkuasakan peruntukan di bawah Kanun Keseksaan, Akta Komunikasi, atau undang-undang lain, mereka akan menjadi antara yang paling ramai dikenakan tindakan,” katanya ketika sidang media selepas menghadiri Program Penerapan Nilai-Nilai Murni bersama Menteri Dalam Negeri di Masjid Ar-Raudhah, pada Jumaat.

Menurutnya, politik seharusnya berlandaskan dasar dan penyelesaian kepada isu rakyat, bukan menggunakan sentimen perkauman atau keagamaan bagi meraih sokongan.

Sebelum ini, Pas melalui Takiyuddin menegaskan bahawa kerajaan perlu bertindak secara adil dan telus dalam menangani isu keharmonian masyarakat.

Saifuddin berkata, sekiranya kerajaan hanya sekadar menafikan tanggungjawab dan menyalahkan pihak lain, ia akan memburukkan lagi persepsi rakyat serta memberi ruang kepada pihak tertentu untuk menimbulkan ketegangan.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, beliau turut mendedahkan bahawa sebanyak 12,101 kes keciciran dokumentasi seperti sijil kelahiran, sijil warganegara, dan MyKad melibatkan pelajar sekolah telah didaftarkan di bawah Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) Didik.

“Data ini diperoleh daripada Kementerian Pendidikan dan saya telah mengarahkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk menyelesaikan semua kes menjelang Jun ini.

“Setakat ini, sebanyak 4,565 kes atau 38 peratus telah berjaya diselesaikan,” katanya.

Related Posts

Jangan cipta naratif ‘zero sum game’, keharmonian negara boleh terjejas

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas segelintir pihak termasuk golongan akademik yang didakwa sengaja membina naratif mengelirukan mengenai peruntukan kuota pendidikan. Beliau mengingatkan Program Matrikulasi pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan MADANI tidak pernah angkat elitisme, paling lantang pertahan agenda Bumiputera

KUALA LUMPUR – Kerajaan MADANI lebih lantang dan berani dalam usaha memperkasakan agenda Bumiputera dan tidak pernah mendukung elitisme hingga meminggirkan kepentingan golongan itu seperti yang didakwa sesetengah pihak. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda