Israel langgar perjanjian gencatan senjata – Tentera Lubnan

BEIRUT – Tentera Lubnan pada Khamis menuduh rejim Israel telah berulang kali melanggar perjanjian gencatan senjata antara kedua-dua pihak.

Gencatan senjata yang berkuat kuasa pada Rabu itu sekaligus menamatkan pertempuran selama lebih 14 bulan antara tentera rejim Israel dan kumpulan Hizbullah, lapor Anadolu.

Dalam satu kenyataan, tentera Lubnan memaklumkan bahawa rejim Israel telah beberapa kali melanggar perjanjian tersebut pada Rabu dan Khamis, termasuk melakukan pencerobohan udara dan serangan dengan pelbagai senjata.

Tentera Lubnan turut memaklumkan bahawa mereka sedang bekerjasama dengan pelbagai pihak berkuasa berkaitan bagi memantau rapat setiap pelanggaran yang dilakukan , namun setakat ini masih tiada sebarang butiran lanjut diberikan.

Dalam pada itu, dua orang dilaporkan cedera pada awal Khamis akibat serangan udara Israel ke atas sebuah kenderaan di Markaba, selatan Lubnan.

Tembakan kereta kebal Israel turut dilaporkan di Ayta al-Shaab, Bent Jbeil, Khiam, Taybe, Wazzani, dan kawasan pinggir Kfarshouba malah pesawat pengintip Israel juga dilihat terbang di ruang udara kawasan Tyre dan Bent Jbeil pada pagi Khamis.

Di bawah syarat-syarat gencatan senjata, Israel akan menarik balik tenteranya ke selatan sempadan de facto Blue Line secara berperingkat, manakala tentera Lubnan akan ditempatkan di selatan Lubnan dalam tempoh yang tidak melebihi 60 hari.

Pelaksanaan perjanjian ini akan dipantau oleh Amerika Syarikat dan Perancis, namun butiran mekanisme penguatkuasaan masih tidak jelas.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan bahawa 78 orang terbunuh dalam serangan Israel pada Selasa, sehari sebelum gencatan senjata dikuatkuasakan, menjadikan jumlah keseluruhan kematian sejak Oktober tahun lalu kepada 3,961 orang.

Kementerian itu turut menambah bahawa 266 orang cedera dalam serangan tersebut, meningkatkan jumlah keseluruhan kecederaan kepada 16,520 orang.

Related Posts

Iran beri amaran Selat Hormuz tidak selamat jika eksport disekat

NAIB Presiden Pertama Iran, Mohammad Reza Aref, mengeluarkan amaran keras pada awal pagi Isnin bahawa keselamatan di Selat Hormuz tidak dapat dijamin sekiranya eksport minyak negara itu terus disekat. Menerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kapal tangki China tembus sekatan AS di Selat Hormuz

TEHERAN – Sebuah kapal tangki China yang dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berjaya melalui Selat Hormuz pada Selasa, walaupun terdapat sekatan AS ke atas laluan sempit strategik itu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bekalan peranti perubatan terus kukuh hadapi tekanan krisis tenaga global

Bekalan peranti perubatan terus kukuh hadapi tekanan krisis tenaga global

Iran beri amaran Selat Hormuz tidak selamat jika eksport disekat

  • By Siti
  • April 20, 2026
Iran beri amaran Selat Hormuz tidak selamat jika eksport disekat

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

Program JHEKS rapatkan masyarakat, agensi kerajaan

Program JHEKS rapatkan masyarakat, agensi kerajaan

Bayern juara Bundesliga, kini sasar Liga Juara-Juara UEFA

Bayern juara Bundesliga, kini sasar Liga Juara-Juara UEFA