Aliran bon Malaysia merekodkan RM7.9 bilion, tertinggi dalam tempoh 10 bulan

KUALA LUMPUR – Meskipun negara berdepan ketidaktentuan geopolitik di Asia Barat, Malaysia berjaya menarik keyakinan pelabur dengan aliran masuk bon melebihi AS$2 (RM7.9) bilion direkodkan dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu merupakan yang tertinggi dalam tempoh 10 bulan dan merupakan perkembangan positif ketika pasaran global berdepan ketidaktentuan susulan konflik berterusan di Asia Barat yang mendorong kenaikan harga tenaga serta aliran keluar modal dari beberapa pasaran.

Menurut beliau, nilai ringgit turut muncul sebagai mata wang berprestasi terbaik di Asia selama dua tahun berturut-turut, mencerminkan keyakinan berterusan terhadap asas ekonomi negara.

“Malaysia juga telah menarik tahap pelaburan tertinggi dalam sejarah, didorong oleh sektor pembuatan, semikonduktor dan aeroangkasa. Semua ini tidak datang tanpa usaha.

“Kita komited tanpa henti terhadap pembaharuan dasar serta penglibatan berterusan dengan syarikat dan pengurus dana, yang mempunyai banyak pilihan dalam menentukan ke mana mereka melabur dan menjalankan pembuatan. Usaha ini akan diteruskan dengan disiplin,” katanya

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Pame­ran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2026 & Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) 2026 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), pada Isnin.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, pelabur turut mengambil maklum tentang konsistensi kerajaan dalam menunaikan komitmen, selain ketahanan ekonomi negara meskipun berdepan persekitaran luaran yang mencabar.

“Mereka melihat sebuah kerajaan yang menepati janji. Mereka juga melihat ekonomi yang kekal bertahan walaupun keadaan di sekeliling semakin merosot,” katanya.

Beliau menambah, keupayaan industri negara terus menjadi faktor utama daya tarikan Malaysia kepada pelabur, dengan industri tempatan menghasilkan komponen bernilai tinggi untuk rantaian bekalan global.

Pada masa sama, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan memberi jaminan untuk memastikan persekitaran kondusif kepada pemain industri, termasuk perlindungan harta intelek yang kukuh, penguatkuasaan kawalan perdagangan strategik serta pelaksanaan undang-undang secara konsisten.

“Harta intelek akan dilindungi dengan pantas dan boleh dipercayai. Kawalan perdagangan strategik akan dikuatkuasakan. Kontrak akan dipatuhi. Undang-undang akan terpakai kepada semua secara sama rata tanpa pengecualian,” jelasnya.

Beliau menegaskan, peranan kerajaan adalah menyediakan persekitaran terbaik untuk perniagaan, manakala keputusan komersial terletak di tangan syarikat.

“Kerajaan kekal terbuka menerima maklum balas daripada pemain industri dan akan bertindak terhadap sebarang isu yang menjejaskan kecekapan atau penguatkuasaan.

“Jika ada perkara yang tidak berfungsi, jika proses menimbulkan kesukaran yang tidak sepatutnya, atau penguatkuasaan tidak mencukupi, maklumkan terus kepada kami. Kami akan bertindak,” katanya

Related Posts

Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui wujud kebimbangan mengenai penganjuran pameran aset dan teknologi pertahanan terutama berkait persenjataan yang boleh membawa kemusnahan. Bagaimanapun, beliau yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar seru kerjasama pertahanan, aeroangkasa Malaysia mampu diperhebat

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru negara luar untuk menjadi rakan kongsi Malaysia dalam industri pertahanan kerana negara ini mengamalkan dasar berkecuali. Beliau yang juga Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

Anwar seru kerjasama pertahanan, aeroangkasa Malaysia mampu diperhebat

Anwar seru kerjasama pertahanan, aeroangkasa Malaysia mampu diperhebat

Malaysia kekal tidak berpihak, mahu pembekal negara tembusi bekalan antarabangsa

Malaysia kekal tidak berpihak, mahu pembekal negara tembusi bekalan antarabangsa

Aliran bon Malaysia merekodkan RM7.9 bilion, tertinggi dalam tempoh 10 bulan

Aliran bon Malaysia merekodkan RM7.9 bilion, tertinggi dalam tempoh 10 bulan

Bekalan peranti perubatan terus kukuh hadapi tekanan krisis tenaga global

Bekalan peranti perubatan terus kukuh hadapi tekanan krisis tenaga global