Institusi kehakiman syariah perlu adaptasi cabaran era digital

KUCHING – Institusi kehakiman syariah digesa agar lebih tangkas dan adaptif dalam mendepani cabaran era digital tanpa mengabaikan prinsip kebebasan kehakiman serta keadilan.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan, kebebasan kehakiman adalah prinsip fundamental bagi memastikan mahkamah menjalankan fungsinya secara bebas dan adil tanpa sebarang pengaruh luar, baik tekanan politik mahupun sentimen awam.

Menurut beliau, ledakan maklumat tanpa sempadan ketika ini menyaksikan pelbagai isu mahkamah tular sehingga mewujudkan apa yang disifatkan sebagai ‘tribunal persepsi awam’.

“Fenomena ini melahirkan ‘tribunal persepsi awam’ di mana segelintir ahli masyarakat sewenang-wenangnya meletakkan diri mereka sebagai ‘hakim’ tanpa asas ilmu yang diiktiraf.

“Media sosial adalah realiti zaman sekarang yang tidak boleh dinafikan. Institusi kehakiman harus menyesuaikan diri dengan cepat tanpa mengorbankan prinsip keadilan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Gala Pembukaan Tahun Perundangan Syariah Sarawak 2026 pada Khamis.

Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi.

Abang Johari menambah, sebarang ulasan atau tekanan melalui media sosial tidak seharusnya menjejaskan kebijaksanaan hakim dalam membuat keputusan berdasarkan fakta dan undang-undang.

Tegas beliau, keputusan yang dibuat secara bebas berlandaskan hukum syarak akan menjadi asas penting dalam memperkukuh keyakinan rakyat terhadap kredibiliti Mahkamah Syariah sebagai institusi profesional yang berintegriti.

“Integriti dalam kalangan hakim syarie dan seluruh kakitangan kehakiman amat penting memandangkan mereka memikul tanggungjawab berat bukan sahaja dari sudut perundangan, malah moral dan agama,” jelas beliau.

Turut hadir Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah; Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi serta Ketua Hakim Syarie Sarawak, Datuk Awang Suhaili Ledi.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

KOTA KINABALU – Rangkaian restoran kopitiam tempatan, DOJO Nanyang Kopi House tampil memberikan penjelasan rasmi berhubung status halal operasi syarikat itu susulan perhatian awam di media sosial yang melibatkan pembekal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

KUCHING – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon menyatakan sokongan terhadap Usul Penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu