Kerjasama kerajaan negeri, SCC pemangkin ekonomi

KOTA KINABALU: Kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Sabah Credit Corporation (SCC) amat penting bagi memastikan setiap inisiatif pembiayaan yang dilaksanakan memberi manfaat langsung kepada rakyat serta menyokong pertumbuhan ekonomi negeri.

Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kerjasama strategik tersebut perlu diperkukuh dari semasa ke semasa.

“Ini adalah bagi memastikan SCC terus memainkan peranan berkesan sebagai institusi kewangan pembangunan negeri dan pemangkin pembiayaan ekonomi yang inklusif serta mampan.

“Tadbir urus yang baik serta pengurusan kewangan berhemah adalah penting untuk menjamin kelestarian peranan SCC dalam jangka panjang,” katanya selepas menerima kunjungan hormat daripada SCC di pejabatnya, pada Khamis.

Dalam pada itu, Masidi turut mengucapkan tahniah kepada Pengerusi SCC yang baharu, Datuk Rusdin Riman atas pelantikan beliau.

“Saya yakin Datuk Rusdin Riman mampu menggalas amanah ini dengan penuh tanggungjawab serta memperkukuh peranan SCC sebagai rakan strategik kerajaan negeri dalam pembangunan ekonomi Sabah,” ujarnya dalam satu kenyataan media.

Pada pertemuan berkenaan, Masidi telah diberi taklimat mengenai prestasi semasa SCC, hala tuju strategik perbadanan serta peranan berterusan SCC dalam menyokong agenda pembangunan ekonomi negeri termasuk bantuan pembiayaan kepada usahawan dan sektor strategik.

Hadir sama dalam pertemuan tersebut ialah Pembantu Menteri Kewangan II, Dato’ Ishak Ayub; Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Datuk Mohd Sofian Alfia Nair dan Ketua Pegawai Eksekutif SCC, Datuk George Taitim Tulas.

Related Posts

Kerajaan Johor digesa permudah agihan BKJ fasa 4 kepada warga emas

TEBRAU – Kerajaan Negeri Johor digesa supaya segera menilai semula mekanisme agihan Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 4 susulan dakwaan proses tuntutan yang menyukarkan penerima khususnya golongan warga emas. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hasrat MADANI bantu tangani naratif politik sempit

KUANTAN – Cabaran ekonomi global dicetuskan konflik peperangan dan gangguan rantaian bekalan menuntut rakyat memiliki kefahaman jelas bagi mengelakkan diri daripada terperangkap dengan manipulasi maklumat oleh pihak tertentu. Menyedari tanggungjawab…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Krisis air Kedah: Ujian kepimpinan yang gagal diselesaikan

Krisis air Kedah: Ujian kepimpinan yang gagal diselesaikan

Kerajaan Johor digesa permudah agihan BKJ fasa 4 kepada warga emas

Kerajaan Johor digesa permudah agihan BKJ fasa 4 kepada warga emas

Hasrat MADANI bantu tangani naratif politik sempit

Hasrat MADANI bantu tangani naratif politik sempit

Anwar wajar kembali bertanding di Permatang Pauh, kata Hassan Karim

Anwar wajar kembali bertanding di Permatang Pauh, kata Hassan Karim

Bekalan elektrik dan air di Kg Mengatai, Buang Abai dan Telahak perlu tindakan segera – Hasbi

Bekalan elektrik dan air di Kg Mengatai, Buang Abai dan Telahak perlu tindakan segera – Hasbi

Prinsip sama rata, adil perkasa pembangunan sekolah

Prinsip sama rata, adil perkasa pembangunan sekolah