CSSC Sibu bakal jadi hab intervensi sosial

SIBU – Pusat Sokongan Sosial Komuniti (CSSC) Sibu dijangka beroperasi dalam masa terdekat sebagai inisiatif memperkukuh sistem sokongan sosial kepada masyarakat setempat, khususnya individu dan keluarga yang berdepan pelbagai isu sosial.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Michael Tiang Ming Tee berkata pusat berkenaan akan berfungsi sebagai hab intervensi sosial dan pusat rujukan sehenti bagi menangani kes keganasan rumah tangga, krisis keluarga serta cabaran sosial lain yang semakin kompleks.

“CSSC akan menumpukan kepada pelaksanaan program kesedaran sosial, advokasi komuniti, sokongan kesihatan mental serta usaha pemulihan masyarakat selain menyediakan perkhidmatan intervensi asas, pengurusan kes dan rujukan kepada agensi kerajaan, institusi kesihatan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata pusat berkenaan turut dilengkapi kemudahan penginapan transit sementara bagi mangsa keganasan rumah tangga bagi memastikan keselamatan dan perlindungan mereka dalam situasi kecemasan, selain merancang pelaksanaan program pemerkasaan wanita, latihan kemahiran, perkhidmatan kesihatan mental komuniti serta ruang pembangunan belia dan kanak-kanak.

Beliau turut menegaskan bahawa sebarang bentuk keganasan rumah tangga, sama ada fizikal, lisan, emosi atau psikologi adalah isu sosial serius yang tidak wajar dianggap sebagai urusan peribadi keluarga semata-mata, susulan penularan kes keganasan rumah tangga di media sosial baru-baru ini.

Related Posts

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

KOTA KINABALU – Rangkaian restoran kopitiam tempatan, DOJO Nanyang Kopi House tampil memberikan penjelasan rasmi berhubung status halal operasi syarikat itu susulan perhatian awam di media sosial yang melibatkan pembekal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

KUCHING – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon menyatakan sokongan terhadap Usul Penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu