Insiden pendakwah Indonesia hina penjual air teh jadikan iktibar – PMX

INSIDEN penjual air teh dihina oleh seorang agamawan terkenal Indonesia patut dijadikan iktibar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, insiden yang berlaku di negara jiran itu turut memberi kesan kepada Malaysia.

Tegasnya, masyarakat negara ini khususnya agamawan patut menjadikannya sebagai teladan agar dijauhi perasaan sombong dan angkuh dalam sanubari.

Malah, Anwar turut hairan bagaimana individu yang memahami hal berkaitan agama boleh berbuat demikian dan akui beliau kesal dengan tindakan sebegitu.

“Sikap angkuh dan sombong itu kadang-kadang bukan sahaja dalam kalangan (individu) tidak tahu agama, tidak semestinya.

“Orang yang faham agama yang sering bincang tentang Islam, akidah, solat dan (amalan) sunat tetapi bila timbul keadaan begitu, dia boleh menghina.

“Saya lihat (video) saya rasa aneh dan luar biasa, tetapi bagi saya pengajarannya menginsafkan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan bulanan bersama warga Kementerian Kewangan, di Putrajaya, hari ini.

Semalam, tular klip video berhubung cercaan dan penghinaan oleh pendakwah, Miftah Maulana Habiburrahman atau lebih dikenali sebagai Gus Miftah terhadap seorang penjual teh di khalayak ramai.

Mengulas lanjut Anwar berkata, beliau telah melihat klip video itu yang dikirim rakannya dari negara seberang itu.

“Ia jadi viral dan penghinaan kepada orang yang jual teh yang mana di antara paling miskin, mereka ini pendakwah, (menghina) dengan ketawa.

“Ia mendapat perhatian menyeluruh daripada rakyat sehingga Presiden Prabowo Subianto memberikan kenyataan yang amat keras dan akhirnya kiai itu berkunjung ke daerah penjaja itu dan memohon maaf,” katanya.

Related Posts

Jangan cipta naratif ‘zero sum game’, keharmonian negara boleh terjejas

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas segelintir pihak termasuk golongan akademik yang didakwa sengaja membina naratif mengelirukan mengenai peruntukan kuota pendidikan. Beliau mengingatkan Program Matrikulasi pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan MADANI tidak pernah angkat elitisme, paling lantang pertahan agenda Bumiputera

KUALA LUMPUR – Kerajaan MADANI lebih lantang dan berani dalam usaha memperkasakan agenda Bumiputera dan tidak pernah mendukung elitisme hingga meminggirkan kepentingan golongan itu seperti yang didakwa sesetengah pihak. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda