Vivy, Fadza selesai bayar jaminan RM100,000 setiap seorang

PENGASAS FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar selesai membayar jaminan RM100,000 dengan setiap seorang penjamin.

Mahkamah juga memerintahkan pasangan itu melaporkan diri kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur pada setiap minggu pertama setiap bulan.

Pasangan ini meninggalkan kompleks mahkamah pada 2.48 petang dan diringi pegawai SPRM tanpa menjawab sebarang soalan daripada media mengangguk ketika ditanya sama ada semuanya berjalan lancar.

Apabila ditanya untuk memberikan komen, mereka memilih untuk berdiam diri.

Terdahulu, pasangan itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersama pecah amanah jenayah membabitkan RM8 juta sejak enam tahun lalu.

Mereka didakwa bersubahat untuk melakukan pecah amanah jenayah sebagai pengarah Fashion Valet Sdn Bhd, yang diamanahkan dengan dana pelaburan daripada syarikat berkaitan kerajaan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Pasangan itu didakwa secara curang memindahkan RM8 juta daripada akaun bank Fashion Valet kepada 30 Maple Sdn Bhd, sebuah syarikat milik mereka, tanpa kelulusan lembaga pengarah Fashion Valet.

Kesalahan yang didakwa berlaku di cawangan Public Bank Berhad di Bukit Damansara pada 21 Ogos 2018.

Mahkamah menetapkan 22 Januari untuk sebutan semula kes.

Related Posts

Jangan cipta naratif ‘zero sum game’, keharmonian negara boleh terjejas

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas segelintir pihak termasuk golongan akademik yang didakwa sengaja membina naratif mengelirukan mengenai peruntukan kuota pendidikan. Beliau mengingatkan Program Matrikulasi pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan MADANI tidak pernah angkat elitisme, paling lantang pertahan agenda Bumiputera

KUALA LUMPUR – Kerajaan MADANI lebih lantang dan berani dalam usaha memperkasakan agenda Bumiputera dan tidak pernah mendukung elitisme hingga meminggirkan kepentingan golongan itu seperti yang didakwa sesetengah pihak. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda