Henti pecah belahkan UMNO, Puad bidas ‘golongan terdesak’

KUALA LUMPUR – Kumpulan yang disifatkan ‘golongan terdesak’ dalam UMNO perlu berhenti memecahkan parti itu dan akur dengan keputusan pimpinan untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dalam Kerajaan Perpaduan.

Mengulas laporan pertemuan antara pemimpin Pas dan UMNO seperti didakwa Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari, Ahli Majlis Kerja Tertinggi, Datuk Puad Zarkashi percaya perjumpaan itu bukan dalam kalangan pemimpin tertinggi parti, malah sekadar ‘bual kosong di kedai kopi’.

“Mereka mungkin pemimpin UMNO digantung, dipecat atau masih ada keinginan balik ke ‘mainstream’ UMNO, mereka bukan wakil parti.

“Nasihat saya kepada golongan desperado dalam UMNO, cukuplah cubaan untuk memecahkan UMNO,” katanya seperti laporan FMT.

Hari ini, sebuah media memetik kenyataan Fadhli mendakwa berlaku beberapa siri pertemuan Pas bersama pemimpin UMNO ketika ini, bagi membincangkan kerjasama menjelang PRU16.

Fadhli berkata, pertemuan itu dibuat secara tidak formal membabitkan pemimpin utama kedua-dua parti, yang dilihat mempunyai harapan dalam menyatukan kembali undi Melayu.

Sebelum ini, bekas ahli MKT UMNO, Isham Jalil berkata, parti itu perlu memutuskan segera sama ada untuk bersama PH atau bertanding solo dengan menggabungkan semula kekuatan parti Melayu-Islam menerusi Muafakat Nasional (MN).

Isham berkata, objektif utama sebelum PRU16 adalah untuk mengembalikan MN supaya parti Melayu-Islam iaitu Pas, Bersatu, dan UMNO bergabung untuk mencapai kemenangan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, bagaimanapun pada 8 Julai lalu memaklumkan parti itu tidak akan bekerjasama dengan Pas selagi Hadi Awang menjadi presiden.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, turut menyangkal dakwaan wujud ‘perbincangan kerjasama PRU16’ antara pemimpin parti itu dengan Pas seperti didakwa.

Mengulas lanjut, Puad berkata, kerjasama UMNO dan Pas tidak pernah lagi dibangkitkan dalam mesyuarat MKT, sebaliknya fokus ketika ini mengukuhkan kerjasama antara parti-parti dalam kerajaan.

“Ikut keputusan parti. Kalau masih dengan perangai lama, UMNO akan hilang fokus untuk menghadapi PRU16,” katanya.

Related Posts

Malaysia, Brunei tegaskan komitmen perkukuh hubungan dua hala

PUTRAJAYA – Malaysia dan Brunei menegaskan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan dua hala yang telah lama terjalin, berpaksikan amanah, kepercayaan serta kesepakatan dalam menghadapi cabaran serantau dan antarabangsa. Komitmen tersebut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelantikan Abdul Halim perkukuh SPRM, pacu agenda integriti negara

PUTRAJAYA – Pelantikan Datuk Seri Abdul Halim Aman sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disifatkan sebagai langkah penting dalam memperkukuh institusi pencegahan rasuah, khususnya dalam keadaan semasa yang menuntut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Seraheng Kakan buka tirai Pesta Kaul, tarik kehadiran pelawat

Seraheng Kakan buka tirai Pesta Kaul, tarik kehadiran pelawat

Regatta Betong 2026: Sukan warisan kembali selepas 16 tahun menyepi

Regatta Betong 2026: Sukan warisan kembali selepas 16 tahun menyepi

Sarawak cadang perluas JMU, tingkatkan penyertaan pelajar luar bandar ke IPT

Sarawak cadang perluas JMU, tingkatkan penyertaan pelajar luar bandar ke IPT

Miri diperkasa sebagai hab ekonomi utama, pacu pengangkutan pintar

Miri diperkasa sebagai hab ekonomi utama, pacu pengangkutan pintar

Sarawak tekankan pembangunan Miri, ekonomi baharu dan pendidikan masa depan

Sarawak tekankan pembangunan Miri, ekonomi baharu dan pendidikan masa depan

‎APM Sabah diperkukuh, tingkat kesiapsiagaan operasi di Kota Kinabalu ‎

‎APM Sabah diperkukuh, tingkat kesiapsiagaan operasi di Kota Kinabalu ‎