KPT bantu 124 pelajar tempatan yang pulang dari Bangladesh

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) akan menyediakan bantuan kaunseling, penginapan dan logistik kepada 124 pelajar Malaysia yang dibawa pulang dari Bangladesh.

Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, KPT akan bekerjasama dengan Kementerian Luar (Wisma Putra) dengan menyediakan segala bantuan diperlukan ketika ketibaan rakyat Malaysia nanti.

“Sama-sama kita doakan proses evakuasi ini berjalan lancar dan semua rakyat Malaysia di Bangladesh dapat tiba di tanah air dengan selamat,” katanya menerusi kenyataan di Facebook beliau malam ini.

Beliau berkata, KPT menyambut baik dan berterima kasih atas keputusan kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Wisma Putra untuk melakukan evakuasi keseluruhan rakyat Malaysia di Bangladesh susulan ketegangan yang semakin memuncak.

“Seperti dimaklumkan pihak Wisma Putra, proses membawa pulang ini akan dilakukan dalam keadaan segera dan turut membabitkan lebih 124 pelajar Malaysia yang terjejas berada di sana,” katanya.

Terdahulu pagi tadi, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, misi membawa pulang 124 rakyat Malaysia termasuk pelajar di Dhaka, Bangladesh ke tanah air akan bermula awal pagi esok.

Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah memberi kelulusan supaya perancangan membawa pulang rakyat Malaysia dari negara itu disegerakan.

Mohamad berkata, seramai 139 pelajar disahkan berada di Bangladesh dan 15 orang pelajar lagi telah selamat pulang.

Demonstrasi sejak 1 Julai lalu menyaksikan 133 orang terbunuh dalam protes membantah pengenalan semula sistem kuota perkhidmatan awam.

Related Posts

Dijangka 2.77 juta kenderaan sehari di lebuh raya utama sempena Aidilfitri – LLM

PUTRAJAYA – Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan peningkatan jumlah trafik shingga 2.77 juta kenderaan sehari yang menggunakan lebuh raya utama sempena cuti Hari Raya Aidilfitri, pada tahun ini. LLM menerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Masjid MADANI bakal jadi pusat komuniti setempat

KERAJAAN menyasarkan Masjid MADANI yang bakal dibina menjadi pusat komuniti setempat bagi umat Islam dan masyarakat sekitar untuk mendekati Islam. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu bahawa cadangan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kastam sita 363 kilogram syabu bernilai RM11.6 juta

Kastam sita 363 kilogram syabu bernilai RM11.6 juta

Jambatan Batang Rajang penghubung Tanjung Manis rasmi dibuka, pendekkan masa perjalanan 

  • By Winny
  • March 27, 2025
Jambatan Batang Rajang penghubung Tanjung Manis rasmi dibuka, pendekkan masa perjalanan 

Dijangka 2.77 juta kenderaan sehari di lebuh raya utama sempena Aidilfitri – LLM

Dijangka 2.77 juta kenderaan sehari di lebuh raya utama sempena Aidilfitri – LLM

Masjid MADANI bakal jadi pusat komuniti setempat

Masjid MADANI bakal jadi pusat komuniti setempat

Sejarah Operasi Semut 1945 ubah landskap masyarakat Bario

Sejarah Operasi Semut 1945 ubah landskap masyarakat Bario

Majlis pecah tanah Masjid MADANI berjalan lancar

Majlis pecah tanah Masjid MADANI berjalan lancar