Hanya 30 trak bantuan kemanusiaan sehari dibenarkan masuk ke Gaza

TANBUL – Rejim Israel telah mengurangkan bilangan trak bantuan kemanusiaan yang dibenarkan masuk ke Semenanjung Gaza kepada hanya 30 trak sehari sahaja pada Oktober bagi kegunaan 2 juta penduduk Gaza, kata ketua agensi PBB untuk pelarian Palestin (UNRWA) pada Isnin, lapor Anadolu.

“Jumlah ini adalah yang terendah sepanjang tempoh perang yang mana ia sama seperti jumlah bantuan kemanusian yang dibenarkan semasa tempoh awal permulaan perang Oktober tahun lalu,” kata Philippe Lazzarini di laman X.

Sejak tercetusnya permusuhan pada 7 Oktober 2023, rejim Israel telah mengekalkan penutupan dan kawalan ketat di lintasan dan sempadan Gaza, malah barangan keperluan telah dihadkan dan mengenakan sekatan yang ketara ke atas bantuan kemanusiaan sekaligus menambah kesengsaraan rakyat Gaza.

Lazzarini menegaskankan bahawa 30 trak harian ini tidak akan dapat memenuhi keperluan lebih 2 juta penduduk Gaza yang kebanyakannya berada dalam keadaan kelaparan melampau, sakit, dan terdesak akibat kekurangan barangan keperluan asas.

Menurutnya, kesemua 30 trak harian yang dibenarkan masuk ini hanya mewakili 6 peratus daripada bekalan (komersial dan kemanusiaan) yang dibenarkan masuk ke Gaza sebelum perang.

Israel meneruskan serangan yang dahsyat ke atas Gaza kononnya membalas serangan Hamas tahun lalu, walaupun resolusi Majlis Keselamatan PBB menuntut gencatan senjata dengan segera.

Related Posts

AS arah 5,000 tenteranya keluar dari Jerman

WASHINGTON – Pentagon mengesahkan Amerika Syarikat (AS) akan mengarahkan kira-kira 5,000 anggota tenteranya berundur dari Jerman, menjelang tahun depan. Pengumuman itu dibuat Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth selepas Presiden AS,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Moscow akan lakukan ‘segala termampu’ demi keamanan Asia Barat

SAINT PETERSBURG – Presiden Rusia, Vladimir Putin menegaskan, Moscow akan melakukan ‘segala yang termampu’ bagi memastikan keamanan di Asia Barat dalam pertemuan bersama Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, semalam. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat