BEIRUT – Pasukan pejuang Lubnan, Hizbullah menafikan dakwaan Israel bahawa petang komander kanan pasukan itu, Abu Ali Rida, telah terkorban dalam serangan di bandar Baraachit, selatan Lubnan, lapor Anadolu.
“Tuduhan Zionis tentang kesyahidan saudara kita, pejuang Haji Abu Ali Rida, adalah tidak berasas,” menurut kenyataan Hizbullah.
Abu Ali Rida merupakan seorang komander kanan Hizbullah yang mengetuai Unit Badr, salah satu formasi tentera Hizbullah yang terkemuka.
Awal pagi Isnin, rejim Israel dalam satu kenyataan mendakwa bahawa tentera udaranya telah menyerang dan ‘menghapuskan’ Abu Ali Rida, komander Hizbullah di kawasan Baraachit di selatan Lubnan.
“Abu Ali Rida bertanggungjawab merancang dan melaksanakan serangan roket dan peluru berpandu anti-kereta kebal terhadap tentera IDF (tentera) dan menyelia aktiviti Hizbullah di kawasan itu,” katanya.
Kenyataan tersebut menandakan kali kedua Hizbullah menafikan laporan kematian Rida yang mana pada bulan September, media Israel, termasuk Radio Tentera, melaporkan dakwaan pembunuhannya di pinggir selatan Beirut.





